cik zira dah cerita kan kaca mata cik zira yang cik zira baru pakai sebulan lebih itu sudah patah dan tidak boleh diselamatkan lagi
baru jek buat dan patah
ini merupakan hari ini dalam sejarah sebab kaca mata yang mampu bertahan sekejap je iaitu selama sebulan setengah sahaja dan dah patah tidak boleh dipakai lagi
selalunya cik zira jaga kaca mata cik zira lama tau, bertahun-tahun masih boleh dipakai lagi
tapi yang ini, sayang betul lah
itulah ruginya kalau beli frame yang murah iaitu RM10 ni sebab tak tahan lama
takpe, kira ini pengajaran buat cik zira
pergilah kedai cermin mata yang betul dan buatlah kaca mata di sana
nampak tak patah kat bingkai belah bawah tu sket,
dah tanya tak boleh betulkan dah,, huhu
dapat gaji lagi sekali kena buat cermin mata baru dan kena jaga elok-elok
hari tuh dah pergi tengok dekat A-LOOK dekat jusco tu dan ada lah berkenan warna MERAH tapi dah lama dah tu tengok, tak tahu ada lagi ke tidak
dan kalau nak tahu, cermin mata dekat A-LOOK ni semuanya cantik-cantik dan stylo sebab cik zira kan dulu pernah ada spek bingkai MERAH yang stylo dulu tu, buat dekat A-LOOK lah jugak
dan sesuailah dengan bajet kalau setakat nak buat spek berharga RM100 lebih sahaja
kalau nak pakai yang ada brand memang tak mampu
dan spek paling mahal cik zira pernah buat pun RM300 dan masih pakai sampai sekarang, cuma pakai dekat rumah je sebab tak sesuai nak bawa berjalan
harap-harap, sebelum naik kerja balik ni dah boleh dapat spek mata MERAH cantik yang baru
akan jaga elok-elok
rasa macam malas nak pakai lense pergi sekolah, jadi nak pakai spek jek mudah
kenangan-kenangan akhir masa bersama spek ini,,, )=
tunggu gaji masuk, akan buat spek baru dan harap-harap dapat spek yang frame nye MERAH dan cantik dan stylo,, hehe
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 14 disember 2010 11.36 p.m.
No comments:
Post a Comment