SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, December 15, 2010

Review : Silky Girl Magic BB Cream




apa kata pagi-pagi ni cik zira review pasal BB cream pulak kan
yelah, ramai jugak dah tahu cik zira adalah pengguna setia BB cream ni dan sekarang dah tak susah nak cari BB cream memandangkan Silky Girl dan Maybelline pun dah ada BB Cream sendiri, elianto pun ada
senang je, sape nak cuba, hanya pergi je mana-mana kauunter jual BB cream dah boleh dapat






cik zira pertama kali guna BB Cream sejak 2 tahun lepas
cik zira guna BB Cream Yili Balo dari korea tak silap sebab cik zira beli krim untuk buang lemak perisa cili tuh lepas tuh dapat BB Cream sekali
yang losyen tu tak berapa nak guna sangat sebab sangat pedas, bila nak pakai kontek lense nanti mata pedih, jadi guna BB cream nya sahaja






cik zira sangat suka guna BB cream Yili Balo ni sebab bila pakai dekat muka memang muka nampak licin sangat walaupun padahalnya muka tidaklah licin pun tapi sebab guna BB cream ni muka nampak halus dan cantik


BB Cream Yili Balo



tapi sedih sebab BB Cream Yili Balo ni dah nak habis dah, tinggal sikit je lagi
tu yang pergi beli yang baru






hari tu masuk guardian, nak beli BB cream barulah
tengok antara dua, yang Silky Girl dengan Maybelline
silky girl punya 25ml dan yang maybelline 20 ke 18 ml je tak silap 
last-last amek yang silky girl punya nak cuba dulu
harga tak silap lepas less dalam RM 27 macam tu


silky girl magic bb cream



dah guna dah BB Cream Silky Girl ni
komennya?
oklah, bila pakai muka nampak licin jugak tapi kena lah sapu dengan bedak compact yang sesuai dan senada
sape yang nak cuba pakai BB cream ni, cik zira rasa boleh cuba yang silky girl ni
tapi senang cakaplah ye, yang terbaik sebenarnya BB Cream buatan Korea sebab dari sana BB Cream popular dan ramai orang korea yang kulit muka dorang halus gebu sebab pakai bb cream lah
dan memang BB cream dari korea harga dia agak mahal dengan botol yang kecik sahaja tapi bila anda pakai memang ternyata puas hati bila dapat kulit muka yang halus, gebu dan licin
percayalah






takpelah, buat sementara waktu ni, pakai dulu yang silky girl ni, nanti dah habis, beli yang produk korea plak
kalau nak cari pun senang sebab ada juga blogshop yang jual BB cream dari korea ni
kalau nak cuba yang terbaik, cik zira cadang beli yang BB cream korea k, memang berkesan!


inilah barang yang cik zira guna untuk pakai di muka : 
BB Cream + krim safi + bedak compact secret




itu sahaja review untuk Silky Girl Magic BB Cream untuk entry ini.. =)






~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 14 disember 2010 11.18 a.m.

9 comments:

Unknown said...

Kita sama..tp ada beza ckit..
Pakai gak BB cream SikkyGirl, Cream Safi...bedak jer lain... hihi..

http://fadthnwan.blogspot.com

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

oh, sama ye,, besnye,, =)

Cik Puan Bunga said...

Yesssss! Akak belajar pakai BB cream dari cik zira ni lahhh! thanksss sayangggg! (:

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

haah, kak bunga pun dah pakai bb cream, muka makin cantik,, =)

Zuliana Harun said...

askum.. cik zira.. bb cream ni apa function dia? tengok kulit muka cik zira okay je.. nana kerja hari2 turun site.. nana pakai la cream sunblock. kalau nak pakai bb cream ni, boleh ke kalau pakai dua2. HAHA. sorry banyak tanya... :)

icee-yah said...

nnt kalau cik zira jumpe blogspot yang jual tu bolehlah share ok..:)

Lyaa Suriany said...

aah sis
nnti boleh la share blog yg jual bb cream tu..

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

nana ~~ bb cream ni dia ada 8 fungsi dalam dia.sume ada.sunblock,foundation,krim cantik sumelah dalam 1.boleh jek nak pakai sun block dengan bb cream,takde masalah. nanti kulit nampak cantik bila pakai bb cream. cubalah!


aisyah ~~ orite dEar,t kalau ada yang jual, kt share dekat blog ni ye,, =)


lyaku sayang ~~ orite lya, t kita cari balik, kalau ada kt wat entry ye,, =D

Zuliana Harun said...

oh, tq akak syg... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails