SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, December 26, 2010

kenduri oh kenduri




semalam kan cik zira pergi 2 kenduri kahwin


cik zira ngan atok di seat belakang,, =)




yang pertama tuh dekat Pontian nun, jiran lama atok ngan bik ani, dah lama kenal dah macam keluarga sendiri
kad jemputan dia simple tapi menarik warna MERAH, memang cik zira suka kad jemputannya itu, boleh buat contoh, ngee





pakcik salim ni polis, anak dia 2 orang lelaki, kahwin sekali, senang
rumah dia teres, tapi depan rumah ada kawasan lapang, buat majlis dekat situ jek, mudah sangat
temanya MERAH kalau tengok pada pelamin dan hiasan khemah, tapi beg berkat dia warna Purple, mak ayah pengantin pun pakai warna Purple






makanan oklah, boleh tahan, taklah sedap sangat, takdelah tak sedap sangat
pelamin dia guna kerusi besar tuh, rasanya untuk awal tahun 2010, kerusi besar untuk pelamin memang tengah trend tapi dah hujung tahun ni, dah tak berapa sangat, tapi terpulang masing-masing kan, kalau cik zira, suka yang simple jek,, hehe







nak amek gamba betul-betul tak berkesempatan, mana yang ada jelah ye cik zira tempek sebab lagi kusyuk duk makan, tak berapa nak amek gamba sangat,, hehe






oklah, bolehlah sebab sesuai dengan kawasan nya, simple dan sederhana tapi cantik






kenduri kahwin yang kedua, di dewan kg melayu, jiran atok satu jalan ni, Cik Mah dengan Cik Din, yang kahwin ni sama baya dengan cik zira tapi dah kerja setahun lebih, duit pun banyak maka majlis mastura ni memang sangat mewah dan meriah






tak pernah tau cik zira pergi majlis kahwin masuk-masuk jek memang tak berhenti cakap dalam hati, cantiknya, lawanya,,
memang masuk jek dewan tuh, mata memang terpukau dengan hiasan yang memang sempurna mengikut temanya English Wedding
pelamin sahaja di atas stage memang cukup indah, bagaikan cinderella menunggu prince charming nya
meja makan beradab juga cantik begitu juga sama dengan red carpet sepanjang dewan nak ke pelamin, dihias indah, siap ada sangkar burung sepanjang red carpet tuh dan setiap sangkar ada merpati putih 2 ekor, sungguh cantik tak terkata










nak amek gamba lebih-lebih pun macam biasa lah kan, kisahkan makan yang penting, sebab tuhlah gamba cik zira amek pakai dan jek,, huhu
kalau amek betul-betul baru dapat tengok betapa cantiknya majlis perkahwinan mastura dan suaminya ini






cik zira balik tuh pengantin baru sampai, tak sempat nak tengok, mesti cantik pakai gaun kembang sebab tema english wedding






TAHNIAH buat pengantin-pengantin yang cik zira pergi semalam ye
semoga kekal bahagia selamanya, AMIN






dah penghujung tahun 2010, dah habislah orang kahwin agaknya
1.1.2011 ni konpem ramai sangat kahwin bersempana tarikh cantik 1.1.11 itu
cik zira pun ada dapat jemputan pertunangan AMY di penang tapi tak boleh nak pergilah sebab dah kena bekerja, sorry ye sayang, amy kahwin nanti, insya Allah cik zira pergi, selamat bertunang




ada jemputan jugak pada 1 januari 2011 ni di dewan tebrau, pergi dengan bik ani, katanya perkahwinan mewah juga tapi si pengantin sudah berusia, kita tengok macam mana plak majlis kali ni,, =)






2011 plak edisi perkahwinan
cuti-cuti sekolah mesti ramai kahwin
dan insya Allah, hujung tahun 2011 ye semua, doakan,, =)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 26 disember 2010 10.45 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails