SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, January 11, 2011

apabila memakai kaca mata hitam.





salam sayang dan salam petang buat semua yang menyinggah blog MERAH cik zira di petang hari ni. harap semuanya masih dalam keadaan stabil dan pada yang bekerja tu, sabar ye, tak bape jam je lagi boleh balik rumah bertemu yang tersayang,, hehe






baiklah semua ye, entry petang ni cik zira nak bercerita pasal kaca mata hitam






cik zira suka jugaklah pakai spek hitam ni sebab satunya nak elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari yang panas dan menyilaukan itu. keduanya sebab rasa macam bergaya pun ada jugak kan bila pakai cermin mata hitam,, hehe






cik zira suka sangat kalau tengok spek hitam cantik pulak tu harga RM 10 je kan, memanglah akan beli. dulu banyak jugak koleksi, tapi disebabkan nama pun dah spek murah kan, manalah tahan lama sangat kalau dibuat lasak-lasak. jadi, yang tinggal pun entah ke mana. 







cik zira ada satu jek cermin mata hitam kira paling mahal lah tuh untuk cik zira. rasanya cik zira takkan melabur beratus-ratus sekadar nak beli shades ni. kalau setakat 2 ratus lebih ke 3 ratus lebih tu kira oklah lagi. sebab spek hitam cik zira yang guess tu pun harga RM250. adalah jugak minat bila tengok spek hitam dalam cermin kat kedai cermin mata tu kan, tapi mesti tengok harga berapa. kalau harga RM 200- RM 300, kira bolehlah nak beli lagi. lebih dari itu, cik zira tak akan beli lah. kena ukur baju di badan sendirilah. kalau ada duit lebih pun, rasanya akan beli benda yang lebih berbaloi untuk harga beratus ringgit. setuju tak?




ini cermin mata yang guess tuh. 
kecik simple dan bila pakai nampak kemas sahaja.




cik zira ni kan, suka pakai cermin mata hitam yang saiz besar-besar. rasa macam best jek bila pakai sebab kalau pakai saiz kecik tuh macam tak berapa nak cantik sangat. nampak kemas jela bila pakai. tapi bila pakai yang besar nampak macam ada style sikit dengan nampak naik sikitlah muka tuh, ngee










ha, yang ini semua koleksi RM 10 sahaja,, =) 
suka sebab semua gedabak, so into ME



selalu kalau pergi kedai cermin mata, mesti usha cermin mata hitam yang bingkainya besar-besar. suka sangat. kalau lah dapat satu kan, mesti best sebab yang guess itu framenya kecik sahaja. oklah, cantik tapi macam bukan diri cik zira lah,, hehe. tapi pakai jugaklah sebab dah beli kan. mesti kena pakai dan jaga elok-elok.






takpelah, simpan duit dulu, mana tahu boleh dapat satu untuk hantaran ke nanti. boleh tak buah hati?,,, ;)






selalu kan, kalau nak beli cermin mata ni pergi masa tengah sale sampai 70% tuh, memang harga turun. tapi ikut pada jenama sebab kalau jenama mahal tuh, paling tinggi pun less 40% je. tapi oklah tuh sebab dapat jugak potongan harga dari harga sebenar.






takpe-takpe. guna mana yang ada ni. tapi dalam masa yang sama, boleh jugak usha-usha pilih mana yang berkenan. nanti ada duit lebih ke, boleh beli yang baru untuk hadiah diri sendiri,,, =)






kalau korang nak tahu, cik zira kan suka hadiahkan diri sendiri. macam birthday tahun lepas, hadiahkan diri sendiri dslr yang biasa tuh, tahun ni tak tahu lagilah. rasanya simpan duit kot, taknak membazir... ada perkara yang lebih penting lagi.






cik zira tahu korang pun suka pakai shades kan. mesti lagi banyak koleksi. setiap orang kan ada kesukaan tersendiri. dan memakai dan memiliki cermin mata hitam ni pun merupakan salah satu kesukaan cik zira.






oklah. penat menaip ni. kalau bercerita, memang suka panjang-panjang kan cik zira ni. kang takde sape nak baca kang baru padan muka..



gamba bercermin mata hitam dan bunga untuk penutup entry





ala, janganlah cakap macam tuh, bacalah sampai habis ea. sayang korang!!!







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 11 januari 2011 8.45 a.m.

2 comments:

ween said...

setuju! dua tiga ratus pun dah mahal pd sy sbb sy belum ada pendapatan sendiri (-_-") kalau pandai pilih dan gayakan, seploh ringit pun boleh nampak cantik, kan? ^^

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

setuju jugak jugak, hehe
kalau ada pendapatan sendiri macam kt pun tak belilah ween mahal-mahal. tak berbaloi, ada benda lain yg lebih worth it utk harga beratus.



haa, seploh ringgit memang banyak cantik2,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails