SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, January 31, 2011

Mesyuarat Agong PIBG kali ke-10




salam sayang buat semua






semalam mood happy, hari ni pun mood happy,, =)






sebelum bercerita pasal semalam kena pergi sekolah untuk bekerja, baiklah cik zira melaporkan keadaan cuaca di johor bahru ni yang nampaknya sudah masuk hari keempat hujan turun tidak berhenti dan adakalanya lebat dan berterusan dari pagi sampailah ke malam. kalau benti pun ujan renyai tetap turun. tapi keadaan di jb masih tidak banjir walaupun hujan turun tanpa henti. syukur. semoga keadaan tidak berterusan lama. AMIN






itu pasal hujan.
sekarang nak masuk pasal semalam bersempena mesyuarat agong pibg kali ke-10 sk taman cendana. 
cik zira sampai sekolah dalam pukul 7.40 macam tuh. hujan je, habis basah sikit walaupun pakai payung. sampai terus daftar dan amek buku program. nombor bertuah cik zira 138. siap cium dulu mana tahu kot bertuah kan sebab ada cabutan bertuah masa akhir program. yelah, selama ni memang tak pernah bertuah pun kalau masuk apa-apa ke, cabutan bertuah ke, memang seumur hidup tak pernah pun dapat.


semalam berbaju batik biru, pinjam baju bik moi,, ;)




lepas dah daftar, naik pejabat key in kehadiran. lepas tuh terus pergi dewan amek tempat. rakan pengacara majlis cik zira datang lewat. datang tak bawa pape pun. dan dia cakap sikit sahaja lepas tuh dia balik awal dan cik zira lah yang mengacarakan majlis sampai ke habis. takpelah, lagi selesa cakap sorang-sorang walaupun ditegur sebab banyak sangat guna perkataan 'ok'. aduhai, tak perasan. agaknya dah terbiasa. minta maaflah sangat. nanti dah guna 'baiklah', pastu tersasul balik guna 'ok'. lepas ni kalau ada pape, jadi pengacara majlis lagi, kena hati-hati. lepas tuh masa penyampaian cenderahati pun salah sebut nama. dah minta maaf dah dengan AJK berkenaan dengan mantan ajk pibg yang terlibat. minta maaf sangat-sangatlah kepada semua. selalu masa UUM dulu, event besar takde plak nak silap, nasib baik. ini kat sekolah plak, aduhai, mesti kena marah lepas ni,, huhu
tapi selain tuh semuanya berjalan dengan lancar.







hujan pun turun lebat tak berhenti. kesian ibu bapa yang hadir kebasahan. mesyuarat berjalan dengan lancar walaupun ada pertelagahan kecil tapi itu biasalah, adat mesyuarat pibg di sekolah mana-mana pun begitu juga. kalau setakat bercakap je tidak guna, kena kotakan apa yang dikatakan itu untuk kebaikan semua terutama untuk kebaikan anak-anak.






pukul 10 pagi berhenti rehat untuk makan. dapat makan nasi lemak sambal ayam. cik zira dapat kepak ayam. nasi tak habis sebab banyak sangat. tapi ayam sambal dengan kacang habis, hehe






kesian dekat cikgu-cikgu sebab kena duduk bawah khemah yang basah tuh sebab hujan turun lebat sangat. guru-guru kena duduk depan sebab nak pengaruhi ibu bapa supaya memilih AJK PIBG yang baru yang betul-betul boleh buat kerja. sorang cikgu angkat tangan, semua angkat sekali,, hehe






masa mangkuk cabutan bertuah tuh sampai kat tangan cik zira, cik zira kacau-kacau nombor tuh, kocak-kocak dia, mana tahu kan nombor sendiri ke bertuah. hadiah ada 25. mana tahu tersangkut ke satu. tapi, sayang, memang tak bertuah lah. tak pernah bertuah. entah bila lah kalau ada mana-mana cabutan bertuah leh dapat hadiah kan. takpe, teruskan usaha kamu ye cik zira.






balik rumah dalam pukul 1 lebih, jalan di highway pasir gudang adalah sangat jam. air naik sedikit jadi kena pandu perlahan. (skema sungguh ayat ini)
sampai rumah pun kul 2.15 cenggitu. terus buka lense. terus ke meja makan. maklumlah, hujan-hujan ni memang perut akan lapa walaupun sudah makan nasi lemak.






bik ani masak kuey teow bandung dengan nasi minyak. cik zira makan 2-2 sekali. makan kuey teow dulu lepas tuh makan nasi minyak dapat ayam kepak,, ngee
tapi sorrylah, tak sempat nak amek gamba makanan semalam sebab lapa sangat,, huhu






itulah serba sedikit kisah semalam di sekolah sempena mesyuarat agong pibg tuh. cikgu-cikgu yang duduk jauh, hari ni baru dapat pulang bercuti berjumpa keluarga sebab semalam kena kerja. cik zira tak kemana-mana sebab dapat kerja di tempat sendiri, alhamdulillah.






ok ye semua. nak siapkan update blog untuk hari ni. lepas tuh nak sarapan, nak mandi-mandi bersiap cantik-cantik,, =)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 31 januari 2011 8.45 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails