SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, January 4, 2011

Tips : cantikkan kotak kasut yang tak guna




hi semua
menjadi seorang guru ni kadang-kadang memerlukan anda rajin sedikit dan kreatif jika tidak mahu membazir duit. dan selalunya akan menggunapakai barang yang dah tak mahu digunakan lagi. macam kotak kasut kan. kadang-kadang beli kasut terus buang kotaknya.






Jangan Dibuang!!
boleh digunakan tau. boleh buat simpan barang dalam kotak tuh. lagi kemas daripada letak barang sepah-sepah.






Jom cantikkan kotak kasut korang!!






cik zira guna kertas iklan cantik-cantik dalam majalah GLAM ni. nama pun gunapakai kan, tak payahlah susah-susah nak beli pembalut cantik-cantik. segulung pun dah seringgit lebih. guna jek majalah. cantik pun cantik jugak.






daripada kotak kasut biasa jek. bila dah sampul elok, nampak cantik kan?
boleh letak barang-barang dalam ni.






macam cik zira ni kan cikgu, jadi barang banyak. kotak yang dah cantik bolehlah diletakkan alat tulis ke kan. nampaklah tersusun sikit. lepas tuh kotak kan ada penutupnya. boleh simpan elok-elok bagi kemas jek.






ha, ape lagi korang. agak-agak ada kotak kasut terpakai tuh, balut cantik-cantik dan letaklah apa-apa barang. tak kisahlah nak letak alat tulis ke, kerongsang ke, cenderamata yang kecik comel tuh ke. macam-macam boleh letak. susun elok-elok dalam kotak tuh, tutup dan simpan.






daripada kotak terbiar je kan, baik cantikkan dan boleh diguna.
buat sendiri pun mudah, tak payah nak beli kotak sebab kotak pun beli dah mahal tau, lagi yang cantik-cantik tu memang mahal. jadi, buatlah sendiri. mudah dan jimat. kalau rajin lagi, bolehlah hiaskan dengan riben ke kan.






okeh, itu sahaja tips mudah pada kali ini yang membawakan tips recycle untuk anda.
selamat mencuba!!








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 4 januari 2011 8.36 a.m.

2 comments:

erienz said...

boleh mencuba ni...truz jadik kotak yg cantik..

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

haah, daripada membazir begitu sahaja kan, kotak cantik, leh simpan barang,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails