SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, February 6, 2011

ini kata-kata yang selalu diberikan kepada diri sendiri





assalamualaikum dan salam sayang buat semua






ini entry pasal cik zira. saja nak kongsi-kongsi.






  1. bila nak dapatkan sesuatu tuh, akan berusaha keras untuk dapatkan jugak walau dengan apa cara sekalipun - "hazirah, kalau nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih"
  2. kalau pergi sekolah, mesti berdoa supaya budak-budak akan baik je semuanya, senang nak mengajar - "Ya Allah, semoga budak-budak faham apa yang diajar dan sayang rah"
  3. kalau dapat gaji dan ada duit lebih sikit, mesti rasa nak makan best-best dan nak beli best-best. lepas tu akan rasa nak belanja orang rumah walaupun tahu tak seberapa pun - "takpe, apa salahnya sekali sekala beli yang best-best. bukan selalu pun"
  4. kalau keluarkan stok tudung baru, mesti risau kalau tak laku - "takpelah, kalau tak laku takde rezeki, boleh pakai sendiri."
  5. kalau makan banyak tak ingat dunia mesti tak ingat pape, tapi bila dah ingat makan banyak, mulalah gelabah sekejap - "isyh, susah betul nak kawal makan lah. kang timbang berat naik padan muka"
  6. kalau sebelum nak update blog bila takde idea, mesti cam termenung sekejap cari idea - "apelah nak tulis kali ni. macam semua dah cerita"
  7. kalau duduk-duduk teringat sangat kat arwah mak mesti doakan semua yang terbaik untuk mak kat sana - "mak, rah sayang mak sangat-sangat. semoga mak ditempatkan di sisi-Nya"
  8. kalau diuji Allah, ada masalah mesti selalu ingatkan diri ada orang yang lagi susah - "kena selalu bersabar wahai hazirah. semua yang jadi ada sebabnya"
  9. kalau nak beli baju ke ape ke, mesti fikir bazir ke tak bazir ke tak - "alah, takpelah, beli baju takpe, tak bazir sebab baju leh pakai ulang-ulang."
  10. kalau rasa marah atau stress sangat, mesti akan cuba tenangkan diri. takmo marah atau stress lama-lama buat sakit kepala je - "sabar wahai hazirah. kalau geram-geram pun makin pening kepala. sabar jek banyak-banyak. setiap masalah boleh selesai"





inilah antara beberapa perkara yang cik zira selalu nasihatkan diri sendiri. kadang-kadang bila kita bercakap dengan diri sendiri ni, ianya lebih berkesan daripada kita meminta pendapat orang. yelah, kadang-kadang bila minta pendapat orang lain, sekali pendapat orang lain tuh lagi menyesakkan dada, menyakitkan kepala otak, ha, tak ke lagi parah kan? jadi, jalan terbaik adalah bercakap dan menasihatkan diri sendiri sebab kita sebenarnya lagi faham siapa diri kita sebenar dan bagaimana diri kita mengawal semua tindakan kita.






cik zira percaya, ramai antara kita yang memang suka bercakap dengan diri sendiri. mungkin ini salah satu terapi terbaik untuk mengawal diri dalam apa cara dan situasi sekali pun. bercakap dengan diri sendiri seolah-olah hati dan otak mendengar dan menyerap apa yang dikatakan oleh tubuh sendiri.






jadi, cik zira percaya, nasihat kepada diri sendiri adalah nasihat terbaik dan insya Allah apabila kita sendiri faham siapa diri kita, kita akan cuba mengikut segala nasihat yang diberikan. 






ini apa yang cik zira rasa tau. takde amek kat mana-mana. cuma nak berkongsi apa yang cik zira rasai dan alami. itu sahaja.






terima kasih sudi baca entry ini dan sudi jengah blog MERAH ini. selamat bergembira ria hari ni. esok dah keje balik,,, =)







p/s tutorial macam mana nak pakai cotton shawl cik zira dah siapkan. nantikan esok ye,, =)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 5 februari 2011 10.32 p.m.

2 comments:

Kaspersky Seller said...

Salam zira. tumpang lalu. jom shopping2 kt blog saye. jgn lupe promote kt member2 ye.tq :)

Cheap Kaspersky Online Store - Click Here!

-plz forward- :)
http://cheaper-kaspersky.blogspot.com/

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

orite,
insya Allah,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails