salam sayang buat semua
semalam cik zira pergi sekolah keMERAH-MERAHan tau. bukan main MERAH. dari atas sampai bawah semuanya nampak MERAH. Tudung, Baju, Kain, Spek, Beg, Kasut. semuanya MERAH.
sebab pakai MERAH je semalam, mood pun sangat baik. dalam kelas asik ketawa jek dengan budak-budak. dorang pun kalau tengok cik zira ketawa, sama-sama ikut ketawa. cuba kalau teacher hazirah dia ni masam, sume tak berani nak senyum sekali pun. bagus betul dorang ni. sebab tuh cik zira sayang dorang.
semalam, hari khamis macam biasa. kelas dari kul 1 sampai 4.30. curi masa sekejap untuk solat zohor. semalam puasa. jadi agak penat bila kelas tak berhenti macam tuh. habis kelas kul 4.30 tuh terus duk berehat sekejap dekat meja dalam bilik guru sebelum menyambung kerja lain.
balik semalam jam teruk. patut kul 7.10 selalu sampai kalau tak amek bik moi di larkin, tapi semalam kul 7.45 malam baru sampai rumah. dahlah tak bawa pape bekalan nak buka puasa sebab dah lama tak jam teruk macam tuh. selalu sampai umah tak azan lagi. jadinya, semalam berbuka puasa kul 7.45 lah. sampai terus makan. lapar sangat. jam pun teruk betul. tak tahulah sebab apa. tapi biasalah, highway pasir gudang memang keje jam jek. geram betul. bawa keta dalam jam memang akan tension. huh!
hari ini pagi-pagi nak pergi cuci kereta. nak pergi photostat worksheet tambahan untuk bebudak tusyen. nak pergi pos tudung. wah, banyak betul kerja. seb bek jumaat pergi kerja lambat. jadi banyak masa nak setelkan kerja-kerja luar.
esok kena sekolah. ada larian perdana. tahu cik zira jadi AJK apa? kena in charge senamrobik lah,, huhu
lama tak buat kerja ni. minat memang minat. tengoklah esok macam mana,, ngee
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 10 februari 2011 10.31 p.m.
No comments:
Post a Comment