ini betul. sangat betul. sekarang bulan februari. hari tuh masuk sekolah bulan januari dan sepanjang januari kerja sangat banyak. sekarang pertengahan februari kerja masih banyak dan makin bertambah.
pernah sekali stress dan lepas ni cuba tak nak stress dah. kena buat kerja perlahan. siapkan ikut kepentingan.
cik zira ada pegang beberapa jawatan di sekolah. jawatan cik zira di sekolah ialah :
- Penyelaras SAC
- Setiausaha Perpustakaan
- AJK Kebajikan Kelab Guru PENDITA
- AJK PIBG
setakat ini, itu yang jawatan agak penting cik zira pegang. selainnya ahli-ahli biasa je. jawatan diterima dengan penuh tanggung jawab. cuba cik zira jayakan dan bekerja dengan baik. Insya Allah.
macam semalam, memang kerja tak berhenti lah. lepas habis kelas masa rehat kerja dekat perpustakaan. jaga budak pulang dengan pinjam buku. ramai betul. tak sempat nak makan. lepas tu bunyi loceng terus masuk kelas. lepas habis kelas terus masuk perpustakaan balik untuk setelkan buku-buku baru. alhamdulillah bahagian cik zira dah siap cuma sticker warna je tak cukup. nanti hari rabu ke boleh sambung kalau ada masa.
buku baru semua kena rekod masuk dalam komputer dulu
lepas proses komputer siap kena buat kerja yang ini pulak,,
lepas setel di perpustakaan, turun bilik guru. baru dapat rehat. duduk rehatkan badan. penat sangat rasa. baru dapat makan roti yang dibeli. itu pun makan 1 dulu. kemudian 1 makan separuh sebab naik bilik SAC cari contoh kertas soalan sebab cik zira kena sediakan soalan Tahun 3 Bahasa Inggeris untuk Ujian Bulan Mac ni yang akan berlangsung pada 8-10 Mac nanti.
balik dalam kereta habiskan roti sume. makan roti jelah. sebab patutnya puasa, tak bawa lah bekal. sekali, tak boleh puasa. kenalah beli roti je kat kantin dengan air milo ais.
tengok tuh, sampaikan nak amek gamba roti pun atas register,
punyalah nak tunjuk kerja banyak,, huhu
hari ni cuti buat soalan ujian mana yang termampu. 25 februari kena submit pada SUP. tapi cuba siapkan awal sebab minggu depan lagi banyak kerja nak kena buat. Fail Kesihatan kena submit 3 Mac pun kena siapkan jugak timbang berat dan ukur tinggi budak tak buat lagi. huhu
sekolah besar ni, kerja memang banyak sebab cikgu kena buat semua sendiri. takpe, semua ni pengalaman. kalau tak buat sampai ke sudah lah tak tahu macam mana nak buat kan. kerja-kerja ni sebenarnya semua mengajar kita. terima dan buat dengan baik.
sebab tuh masih geram kalau teringat ada seorang pakcik teksi tuh selamba badak je cakap kat cik zira, "alah, jadi cikgu senang je, kerja 6 bulan, cuti 6 bulan. senang sangat jadi cikgu ni."
mana tak geram. dia cakap pun memang senang. dia tahu tak kerja cikgu ni macam mana? tanyalah mana-mana cikgu sekarang. ada tak masa banyak nak senang lenang? takdelah pakcik. habis mengajar buat kerja lain. balik rumah sambung buat kerja. tanyalah mana-mana suami yang ada isteri jadi cikgu, dorang pun faham kerja cikgu ni macam mana.
orang memang kata kerja cikgu senang. cuti banyak. tapi hakikatnya, cikgu sendiri yang faham bagaimana rasanya menjadi cikgu.
ok cikgu-cikgu semua, teruskan semangat bekerja dengan baik walau apa pun orang cakap pasal cikgu ni.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 15 februari 2011 8.45 a.m.
No comments:
Post a Comment