kepada bakal-bakal pengantin sekitar johor bahru, rajin-rajinlah singgah ke angsana untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang perkahwinan. semuanya ada daripada kad jemputan sehinggalah kepada pakej lengkap semuanya.
ye, mungkin tak segah dan sehebat di SACC Mall shah alam. tapi, masih boleh dikunjungi untuk mendapatkan maklumat tentang perkara-perkara yang difikirkan tentang perkahwinan anda.
cik zira pergi angsana semalam nak tengok jugak Pesona Pengantin tu. qiela, sepupu cik zira nak kahwin bulan 12 ni jugak bawa cik zira sebab semalam takde kereta lagi. banyak sangat dapat kertas-kertas dan pamphlet cik zira dapat. tapi dalam banyak-banyak tu, cik zira dah shortlist kepada 3 sahaja yang cik zira berkenan dan qiela, sepupu cik zira pun sama. dia kata, nanti kalau dia nak pergi, dia bawa cik zira sekali. lagipun pekerja dia pun baik. seronok berbual.
ada yang mahal, mahal sangat tapi memang cantiklah. tapi cik zira akan ikut bajet yang telah dibuat. kalau boleh dapat murah, nak murah lagi tapi cantik. insya Allah.
cik zira tak amek plak gambar semalam suasana dekat Angsana tu, tapi memang meriahlah. semua yang dalam bidang perkahwinan ni berkumpul.
Pesona Pengantin ni sampai 28 Februari ni, siapa yang belum pergi, jangan lepaskan peluang berkunjung ke sana k.
oh, terlupa!
qiela bawa cik zira pergi bright sail cawangan johor bahru. kecik je kedainya. tapi bolehlah. baju perempuan mahal lah, lagipun cik zira tak minat kerawang-kerawang dengan lace-lace ni. nak yang simple tapi cantik. tapi baju lelaki murah. range harga RM 80 untuk baju melayu nikah dan RM 150 - RM 250 untuk sanding dan makan damai atau nak photoshoot. memang berbaloi sebab kain cantik dan baju siap. kalau beli kain upah lagi dah berapa kan. ingat untuk buah hati beli dah siap je senang.
alamak, entry petang ni tercerita sikit-sikit pasal persiapan awal plak. takpelah ea, kongsi sikit-sikit je,, ;)
semalam, ahad 20 februari 2011
p/s nanti kalau nak dekat-dekat barulah cerita satu-satu. manalah tahu boleh dijadikan panduan untuk orang lain ke kan. sekarang masih awal lagi,, =)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 21 februari 2011 8.15 a.m.
2 comments:
hye. boleh sy tahu "bright sail cawangan johor bahru" ni kat mane? hehe. sy pun tengah carik2 yang mana sesuai kat jb ni. tp harga dalam lingkungan yang memuaskan la.
hi,
bright sail jb kat taman setia tropika, ujung sekali kalau dari larkin.
kalau ada bajet boleh je beli baju or barang2 sendiri, tapi kalau bajet rendah, baik sewa je sebab sepasang baju laki je pun dah dua ratus lebih, baju perempuan lagi mahal,, =)
Post a Comment