SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, February 21, 2011

bantuan selamat tiba dan selamat pulang





salam sayang buat semuanya,





hari ini sudah hari isnin, minggu terakhir dalam bulan Februari. banyak kerja yang perlu diselesaikan,, huhu






hari ni pergi sekolah dengan kereta pinjam yang kedua. kalau minggu lepas pinjam kereta viva tokcik, minggu ni dan sehinggalah kereta bik moi siap, pinjam kereta buah hati pulak.






buah hati cik zira sampai jb semalam pukul 5 petang. bas dia balik malam tadi patutnya pukul 9.30 tapi jalan pukul 10.30. sejam lewat. bas-bas kat larkin ni memang selalu buat perangai. susah betul nak jalan tepat pada waktunya. banyak kali dah terkena. kalau bas kat sg nibong tu selama cik zira belajar dekat penang, tak pernah pulak lambat, memang on time terus jalan. bas-bas dekat larkin ni kena buat sesuatu lah.






terima kasih kepada buat hati cik zira yang kepenatan seharian semalam bawa kereta hantar kat cik zira. malam semalam jugak balik. pagi ni awal-awal pagi sampai pukul 6 tadi turun bas, siap-siap dia terus pergi kerja. 










muka happy si MERAH walaupun dapat berjumpa dengan buah hati sekejap sahaja,, =)












dapatlah cik zira pergi kerja hari ni dan untuk hari-hari seterusnya dengan berbekalkan bantuan doraemon cik zira dari Penang nun.






kereta bik moi masuk bengkel tak tahu bila nak siapnya. sabar jelah. nak kena selalu dan rajin kol tanya tanya bagi dorang buat cepat.






oh, semalam tokcik salleh kol, dia kata gamba cik zira masuk paper mingguan malaysia. yelah, kan sabtu tu cik zira cerita, ada Perasmian Program NILAM dan Gedung Bacaan kat sekolah cik zira dekat ENTRY INI, hari ahad terus masuk paper. pantas sungguh lah! cik zira pun tak tengok lagi papernya. tak beli pun mingguan malaysia semalam. nanti minta kat tokcik lah,, nak tengok cik zira dalam paper yang MERAH-MERAH tu,, ngee






hari ni kena siapkan kerja banyak sebelum pergi sekolah karang. hari ni isnin, puasa macam biasa.




ok semua. semoga minggu ni memberi lebih banyak kebaikan dan kebahagiaan kepada kita semua k. AMIN,,







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 21 februari 2011 8.00 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails