SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, March 7, 2011

bangga dengan pencapaian mereka walaupun sedikit





cik zira mula masuk bekerja sebagai cikgu di SK Taman Cendana, Pasir Gudang pada 11 Oktober 2010. masa masuk tahun lepas, terpaksa gantikan guru bersalin. kiranya tidak mengajar betul-betul sangatlah. relief cikgu yang tak hadir dan sebagainya.






mula mengajar betul-betul tahun ini, awal tahun dapat pegang kelas, dapat mengajar 4 kelas bahasa inggeris. dan perubahan yang cik zira nampak pada budak-budak cik zira ialah daripada diam semuanya dan bercakap dalam bahasa melayu 100%, sekarang masuk bulan 3, ramai antara mereka yang boleh menggunakan bahasa inggeris walaupun tidak sepenuhnya. itu pun sudah cukup buat cik zira bangga.






contohnya yang cik zira selalu ajar, perkara yang penting:


  • please teacher, may i go to the toilet. itu untuk seorang. dan ada sorang budak 2F tu, bila dia nak pergi berdua, dia akan gantikan, "please teacher, may we go to the toilet." senyum cik zira. dia jelah yang kalau pergi berdua memang akan guna WE. yang len sume pakai hentam I-I je tak sudah.
  • kalau nak minum air pun, cik zira aja cakap bahasa inggeris, minta izin dengan teacher dorang ni dulu, "teacher, may i drink my water?". simple kan? dorang pun faham.
  • macam hari tuh ajar pasal borrow and lend. berdialog dan siap berlakon ni nak bagi dorang faham. dah ada pun yang guna bila nak pinjam barang kawan dorang. senyum cik zira dengar. "may I borrow your pencil?". "here you are." "thank you."


 fakhrul razi, budak 2E cuba menggunakan bahasa inggeris. 
tengoklah papan tu, malas nak padam yang bahasa melayu sebelum tu 
sebab ada budak tak siap lagi. terus tampal manila kad,, ;)





itu antara contoh yang cik zira boleh bagi. ada lagilah pencapaian lain yang cik zira dapat lihat pada anak-anak cik zira. cik zira harap sangat supaya dorang ni faham setiap kali cik zira mengajar. ingat apa cik zira ajar dan dapat buat ujian ke peperiksaan ke dengan baik. AMIN. 






mula besok sampai jumaat, ujian bulanan. english paper hari rabu, serentak dajah 2 dan dajah 3. harap-harap sempatlah tanda kertas 4 kelas cepat-cepat, masukkan markah. sebab kalau dah siap yang itu, boleh selesaikan masukkan markah untuk kelas sendiri pula untuk semua subjek. insya Allah dapat selesaikan semuanya,, =)






hari ni pagi agak sibuk. nak hantar kereta pergi servis, nak pos tudung. dah selesai semua, siap-siap pergi sekolah pula. hari ni kat sekolah buat ulangkaji sebab esok ujian.







ok semua. jaga diri baik-baik tau,, =)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 6 mac 2011 10.06 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails