SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, March 22, 2011

buah hati dah bagi hadiah birthday





birthday cik zira 27 Mac ini, 25 tahun. 






banyak jugak hadiah cik zira dah dapat. mula-mula dapat hadiah dari bonus link, lepas tuh dapat hadiah dari Dominos Pizza, lepas tuh hadiah dari Majalah GLAM, bik hanifah hadiahkan t shirt esprit.






buah hati pun kira wajib lah kena bagi hadiah kat cik zira,, hehe






cik zira awal-awal tanya dia, dah ada ke hadiah nak bagi. kengkononlah dia tak tahu nak bagi apa, jadi cik zira tanyalah. dia pun kata kenapa, ada nak apa-apa ke.






cik zira pun apa lagi, terus bagi tahu, "kalau nak bagi hadiah birthday yang cik zira memang akan guna, bagi je penimbang. yelah, daripada habiskan 20 sen setiap kali nampak mesin penimbang, baik ada penimbang sendiri."






jadinya, buah hati pun setuju nak hadiahkan cik zira penimbang. cik zira pun suka banget!






yelah, daripada bagi benda-benda yang cik zira dah ada, baik bagi benda yang cik zira belum ada lagi dan boleh guna setiap hari.






jadi, masa gi Penang hari tu, buah hati pun belikanlah cik zira penimbang tu. beli dekat Kedai alat kesihatan dekat Gurney Plaza. buah hati nak cari yang boleh pakai lama dan berkualiti. orang kedai tu cadangkan beli yang solar sebab kalau pakai bateri memang tak tahan lama, lepas tuh kalau yang biasa tu pun cepat rosak.






jadinya, beli lah yang solar jenama TANITA yang eco living tu. tak payah pakai bateri, cuma kena letak bawah cahaya. harga dia RM 245, takde less.






cuba naik atas penimbang tu. naik-naik je cik zira amat terkejut sebab berat 56 kg! ayok, mana pernah sampai 56 lagi lepas dah maintain berat ni. memang terkejut sangat. last timbang beberapa hari sebelum tuh masih 53-54 macam tuh. tapi memang cik zira akui makan banyak pun sejak kebelakangan ini. bukan makan banyak lagi dah sebenarnya, macam dah mentekedarah dah rasanya. 





naik 2-3 kali tak puas hati. tapi tetap, 56 kg. buah hati naik berat dia memang sama, 73 kg sama dia timbang dengan mesin.






terus rasa down. terus rasa tanak makan apa-apa dah walaupun beberapa jam sebelum itu baru lepas makan ayam goreng spicy McD.






tak puas hati, lepas beli penimbang tu, tetap nak cari mesin penimbang 20 sen tu jugak nak timbang berat. tapi tak jumpa.






masa kat JB, cik zira timbang pakai mesin, berat 53.5 macam tuh. timbang ni tak accuratelah. kejap naik berat lain, kejap naik berat lain plak. mana satu entah betul berat cik zira ni. dah kalau macam gini gayanya, masih kena timbang pakai mesin 20 sen tu lah,, hehe






apa-apa pun, TERIMA KASIH BUAH HATIKU sebab belikan cik zira penimbang ni sebagai hadiah birthday. terima kasih ye buah hati!






em, kalau tahun lepas, 2010, cik zira hadiahkan diri sendiri DSLR, tahun ini mesti ada hadiah untuk diri sendiri jugak. nak tahu apa tak? tunggu lah kalau barangnya dah sampai. nanti cik zira bagi tahu k.






lagi beberapa hari je lagi cik zira nak 25 tahun ni. kejap je kan dah masuk 25. nak tunggu bulan 12 tu yang tak sabar,, hehe







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 20 mac 2011 2.03 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails