maaflah ye semua, sejak beberapa hari ni cik zira asek sebut pasal temuduga jek. lepas ni dah tutup cerita pasal temuduga sebab dah lepas.
yahoo!!
punyalah takut sangat malam sebelum nak temuduga tu. print notes kul 9.30 baru mula kengkonon nak baca. baru baca berapa minit terus tido. ngantuk sangat. konon nak bangun baca. tersedar sikit, baca sikit, pastu tido lagi. aktiviti ini berulang sebanyak 3 kali tak silap. tengok kertas terus tido balik, biasalah cik zira ni, memang tak boleh baca buku, nanti cepat jek terus tertido
bangun 5.30 pagi. dalam duk terjaga tido bangun boleh jugak bangun kul 5.30. alhamdulillah. mandi bersiap, subuh dan baca sikit notes lagi. cuba ingat sikit-sikit.
gerak keluar dari rumah pukul 6.40 pagi. tak sarapan pun sebab perut tak lapar tapi bawa bekal makaroni goreng bik ani masakkan. sampai dalam pukul 7.05 macam tu. berdebar sangat. dalam kereta pun selawat banyak-banyak
muka si MERAH yang senyum pun dah nampak takut,, hehe
keluar kereta dan berjalan menuju ke tempatnya. sekali nampak member cohort, syikin. terus panggil nama dia, dia pun terus excited dan kitorang pun berpelukan. lama sangat tak jumpa. pastu tanya dia bilik berapa. dia cakap bilik 1, sama dengan cik zira. tersenyum lebarlah kitorang. happy sangat dapat jumpa dan dapat masuk bilik sama pulak tu.
tunggu dan semak segala dokumen sebelum masuk. dalam pukul 8 macam tuh masuk bilik temuduga. interviewer kitorang tak bagi tahu nama, rahsia kementerian katanya. jadi, kitorang panggil tuan sahaja. baik dan sporting sangat.
mula-mula dia check fail dan dokumen, dia tanya sorang-sorang. cik zira, syikin dan ada sorang cikgu india. berbual pasal diri masing-masing bila dia tanya soalan.
lepas dia dah berkenalan, dia pun bagi tajuk untuk kitorang bincangkan.
tajuknya berkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif, keseluruhan, adakah mencapai matlamatnya. kiranya kitorang kena ulas pasal FPK tu dan kaitkan dengan pengajaran di sekolah.
cik zira orang pertama buka perbincangan. mula-mula perlahan dulu, lepas enjin dah panas, makin rancak kitorang berbual. Tuan tu mencelah sikit-sikit je, banyaknya dia mendengar.
cakap punya cakap, alih-alih dah habis masa. kiranya dalam 40 minit jugaklah dalam bilik tu tapi tak sedar masa berjalan sebab rasa seronok berborak.
tuan tu mula-mula nak buat temuduga tu dalam english memandangkan kitorang bertiga cikgu english, tapi dia baik hati dia kata bahasa kebangsaan pun bahasa melayu, jadi perbincangan dalam bahasa melayu.
SErOnOk!!
LeGa!!!!
punyalah suka cik zira, padahal sebelum tu takut macam apa. lepas habis terus gi sarapan dengan syikin dekat kedai mamak dekat dengan Goodhope Hotel tu. makan borak-borak kejap lepas tuh masing-masing balik.
best dapat jumpa syikin. lenkali kita jumpa lagi ye syikin,, =)
balik rumah, amek gaji. setelkan simpan duit semua. pergi sekolah macam biasa.
dah selesai temuduga.
happy tak terkata.
terima kasih ye semua yang bagi semangat. sayang korang!
harap-harap lepaslah temuduga ni. AMIN
tambahan : hari ni pukul 6.30 pagi dah keluar dari rumah pergi sekolah sebab kena ikut budak gi olahraga lagi untuk acara final. dari pagi sampai malam lah cik zira baru balik rumah.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 24 mac 2011 9.58 p.m.
No comments:
Post a Comment