SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, March 24, 2011

nasi lemak yang comel





cik zira suka makan. cik zira suka makan semua makanan. 





makan makanan adalah nikmat yang paling best yang Allah kurniakan kepada kita semua. jadi, cik zira tak akan lepaskan nikmat yang satu ini.






NASI LEMAK juga adalah salah satu makanan yang cik zira suka makan.






dan salah satu nasi lemak yang cik zira suka selain nasi lemak atok dan bik ani ialah Nasi Lemak Pak Saidin.






nasi lemak pak saidin ni jual dekat dengan umah atok ni. boleh jalan kaki. dia buka gerai jual sarapan awal pagi. subuh-subuh dah buka dah sebab budak-budak pergi sekolah dengan orang nak pergi kerja beli sarapan dekat pak saidin ni.






macam-macam boleh beli dekat gerai pak saidin. ada kuih-muih, nasi lemak, bihun goreng dan macam-macam lagilah.






dah lama dah pak saidin ni berniaga kat jalan surau, stulang baru ni. sejak dulu-dulu lagi. masa cik zira sekolah menengah pun dah ada dah.






cik zira paling suka karipap sardin dengan nasi lemak pak saidin. memang sedap.






nasi lemak dia dulu 50 sen jek, memang comel sangat. dan memang sedap sangat!






dulu 50 sen, sekarang tak silap 70 sen ke 80 sen. tapi masih sedap dan masih comel.






cik zira kalau makan 1 pun dah kenyang. tapi kalau lapar tu, 2 bungkus pun boleh habiskan,, hehe






selalu memang bik ani lah yang rajin jalan pagi-pagi belikan sarapan kat pak saidin. kalau bik ani tak buat sarapan, nanti dia belikan je sarapan kat pak saidin. nasi lemak dengan karipap sardin memang wajib beli. kegemaran cik zira lah tu.






sekarang bukan senang nak cari makanan yang murah dan sedap kan. tapi dekat pak saidin ni memang murah dan memang sedap. GERENTI!








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 23 mac 2011 10.15 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails