SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, March 13, 2011

kejutan + ketakutan






salam sayang buat semuanya...






entry pagi tadi cik zira ada bagi tahu kan ada kejutan dan ketakutan untuk cik zira?






entry ini cik zira nak ceritakan apa yang terjadi sebenarnya.






ceritanya begini. pagi-pagi tadi cik zira macam biasalah kan, setiap kali kalau dapat online, cik zira akan semak SPP nak tengok tarikh temuduga sahkan jawatan tu. setiap kali semak, masih tiada tarikh. TAPI, pagi tadi buka-buka terus dah ada tarikh.





TERKEJUTlah! apa lagi kan.






dahlah cik zira ni memang sejak dari awal macam gerun betul dengan temuduga ni. seumur hidup baru sekali masa nak apply masuk maktab 7 tahun yang dulu. sampai sekarang tak pernah temuduga lagi. ini plak kali kedua dalam hidup. dahlah temuduga penting pula tu, untuk sahkan jawatan.






tarikh surat panggilan ialah 10 Mac. tarikh temuduga itu pada 24 Mac nanti, hari khamis.






TAKUTNYA!!






dahlah cik zira dengar-dengar sebelum ini temuduga memang semuanya susah. itu yang membuatkan cik zira lagi takut. tapi semalam, masa borak-borak dengan akak sekolah tu, dorang cakap senang je, baik-baik je orang yang temuduga tu. mungkin dorang bernasib baik. pesanan dorang, apa yang penting, kena jujur. kalau tak tahu cakap je tak tahu.





setiap hari dari awal-awal dulu cik zira berdoa supaya dipermudahkan urusan temuduga cik zira ni. dapatlah orang yang baik-baik yang kesian tengok cik zira nanti ketakutan dalam bilik temuduga tu.






eh, serius ni tau takut. bila tengok ada tarikh tu terus takut. takut sangat lah. macam mana ea? sape-sape yang dah temuduga bagilah tips ke ape, boleh cik zira at least bertenang nak hilangkan ketakutan ni.






pula tu sekarang ada yang kata temuduga dah buat secara berkumpulan macam MUET tu. tapi tak tahu sejauh mana kebenarannya. ada sesiapa yang baru lepas temuduga tak? masih individu atau berkumpulan ye?






Ya Allah, Kau tolonglah hamba-Mu ini yang sangat takut berdepan dengan temuduga. Tenangkanlah hatiku dan semoga segalanya berjalan lancar. AMIN, AMIN.






korang tolong doakan cik zira sekali ye. 24 Mac nantilah penentunya. cik zira akan temuduga untuk sahkan jawatan. harap-harap semuanya baik. nak sedapkan hati yang tak sedap-sedap ni,, huhu






mula kerja 11 oktober, interview 24 mac, lama jugak amek masa nak temuduga ni,,






p/s tahniah bik moi, dapat guru cemerlang. dia belanja makan semalam.








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 13 mac 2011 10.05 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails