SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, March 13, 2011

semalam, sabtu 12 mac 2011





selamat pagi ahad!
assalamualaikum...






baru rasa berehat sikit hari ahad. kalau tak setiap ahad ada tusyen dah pagi-pagi. hari ni BFF dah terbang ke sarawak. jadi tak boleh buat tusyen. boleh berehat-rehat di pagi ahad sambil melayari internet nak amek mood dulu wat kerja sekolah jap lagi.





abah dah balik pagi tadi. umah pun dah kembali seperti biasa. tinggal berlima je. dah tak ramai macam semalam-semalam.






borak ngan abah, bincang dengan abah. dah tahu apa nak kena buat, apa nak kena siapkan. semuanya kena buat pelan-pelan dan kena siapkan mengikut masa yang sepatutnya. Insya Allah.






ok, masuk cerita sekolah sikit plak ye. pagi semalam, pukul 6 lebih nak dekat pukul 7 dah gerak gi sekolah. sampai sekolah tak ramai orang lagi. memang biasa jadi orang yang antara terawal sampai kena tunggu orang lain. dahlah paling jauh, tapi kena tunggu orang yang duduk dekat-dekat situ,, ;)






semalam tugas mudah je, jadi pengacara majlis sekejap sahaja sebab sangat ringkas untuk acara pembukaan. cakap pun sikit sangat dan tak payah nak buat teks. cakap dalam 5-10 minit macam tu je. lepas tuh kena buatkan teks untuk cikgu rokiah sebab dia tak reti sangat. penutupan yang banyak kena cakap. jadi, cik zira buatkan teks untuk kak kiah. harap-harap dia boleh mengacarakan majlis penutupan tengah hari nanti dengan baik. dah ajar kak kiah sikit-sikit macam mana nak buat. harap kak kiah ingat.


murid tahun 6 semasa mendaftar




sebenarnya sekolah cik zira buat kem motivasi untuk murid Tahun 6. murid hampir 300 orang itu akan bermalam di sekolah semalam dan program yang bermula semalam dan berakhir tengah hari nanti dikendalikan oleh Al-Falah Consultant. tengok macam budak-budak tu semua bersemangat. tapi tengok jelah lepas naik cuti tu nanti, sama je ke atau ada perubahan pada dorang.






balik semalam, masa dalam perjalanan, dalam kereta makan nasi goreng bekal yang bawa tapi tak sempat makan. jadi, makan dalam kereta masa nak balik. sampai rumah pulak makan nasi ayam dapat kat sekolah sebab jadi AJK. penat sangat semalam sementara nak tunggu tusyen pukul 2 sempat tertidur kejap. nasib baik kejap je,, hee






hari ni nampak gayanya boleh berehat-rehat sambil membuat kerja sekolah secara santai. tak perlu kelam kabut. ada banyak juga kena selesaikan.






dan pagi tadi, ada kejutan untuk cik zira. sangat terkejut dan sampai sekarang sehingga ke tarikh tersebut, cik zira akan jadi takut dan kecut perut. baru borak-borak dengan akak-akak kat sekolah semalam, hari ni dah takut.






apa yang cik zira takut dan apakah kejutan tersebut?






nantikan entry petang nanti k. nanti cik zira ceritakan ketakutan cik zira itu.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 13 mac 2011 9.47 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails