SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, March 1, 2011

semalam, 28 februari 2011





salam sayang dan selamat pagi selasa buat semuanya,,






hari ini 1 MAC 2011. bulan ni cik zira akan meniti usia 25 tahun hujung-hujung nanti. dah 25 kan tahun ni? uhuk-uhuk,,






apa cerita semalam ye? 28 februari, hari terakhir dalam bulan 2 tahun 2011?






semalam cik zira pinky lah konon. tapi beg kerja memang MERAH, spek mata pun memang MERAH, kasut pun MERAH jugak. maklumlah, pink gabung dengan MERAH, masuk aje,, =)


semalam, 28 februari, isnin,, =)




semalam 3 kelas, 6 masa. 1 masa jaga perpustakaan. mengajar macam biasa cuma semalam rileks sikit sebab bagi dorang buat kerja sebab cik zira kan puasa. tak banyak cakap sangatlah kononnnya,, hehe






semalam tak banyak kerja sangat. cuma hari ni ingat nak masukkan soalan periksa dari bilik mesyuarat tu ke bilik SUP. jauh jugak jaraknya antara 2 bilik tu. dahlah tak boleh angkat sekali. kena angkat 2 kali. tengok hari ni nanti macam mana.





sabtu ni sambutan Maulud Nabi dekat sekolah cik zira. maknanya dari hari jumaat akan membuat persiapan sebab sambutan ni secara besar-besaran. setiap tahun ada. cik zira baru pertama kali sambut dekat sekolah sendiri ni, nak tengok kemeriahannya macam mana. cik zira jadi AJK liputan kan. memang kena amek gambalah dengan ketua cik zira tu, dia memang AJK pengambaran jek setiap kali. kamera dia besar-besar,, hehe. kamera cik zira kamera biasa je, suka-suka nak amek gamba.






semalam balik tak jam sangat. sempatlah sampai sebelum azan maghrib. buka puasa makan bihun singapore bik ani masak dengan sambal belacan. aduhai, bertambah cik zira makan. malam pukul 9 lebih pun makan lagi. sedap sangat dan lapar sangat agaknya,, ;)






kiranya semalam Isnin, permulaan minggu ini yang agak baik untuk cik zira. semoga hari ini dan esok-esok pun semuanya baik-baik sahaja... Insya Allah.








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 1 mac 2011 8.32 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails