SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, March 4, 2011

semalam, 3 Mac 2011





hari khamis yang tersangatlah sibuknya semalam. sampai kul 11.10 pagi kat sekolah. sampai terus packing kerepek untuk Jualan PENDITA, kelab guru. bungkus kerepek sampai 12.45. terus pergi amek wudhuk sebab kelas dari kul 1 sampai 4.30. jadi kena solat masa kelas pertama tu, kelas 3J, bagi dorang kerja, cik zira solat sekejap.


semalam, khamis 3 mac 2011




oleh kerana kelas sampai 4.30 lepas tu dah takde kerja, jadi cik zira kutiplah buku kerja yang dorang dah siapkan nak tanda dan rekod dalam BRM. selalunya akan siapkan tanda buku dalam kelas jugak. tapi, oleh sebab rajin, bawa balik tempat nak semak. nasib baik 2 kelas sempat tanda dalam kelas, tinggal rekodkan jelah.


kerja yang banyak semalam,, huhu




kelas habis 4.30, cik zira makan minum dulu. penat mengajar tak berhenti. bawa bekal nasi + bergedil + ikan masak sambal + sayur masak lemak. makan sampai licin. lepas makan sambung buat kerja. siapkan buku-buku yang banyak empat kelas tu. sejam jugak cik zira siapkan. dari kul 5 sampailah nak dekat kul 6. lepas tu baru solat asar.






lepas solat asar, cik zira angkat kertas ujian untuk 11 kelas dari bilik mesyuarat ke bilik SUP. angkat sorang-sorang, kena dua kalilah sebab tak larat nak angkat semua sekali. berat.






rasa macam semalam sekejap sangat masa berlalu. banyak sangat kerja semalam. alih-alih dah 6.30, loceng dah bunyi. 






malam semalam celebrate birthday bik ani. tu nanti cik zira ceritakan ye. makan bukan main banyak tak ingat cik zira ni,, hehe






hari ni kul 8 pagi dah nak kena sampai sekolah. merewang untuk sambutan maulidur rasul esok. mesti meriah sebab ramai-ramai rewang. seharianlah cik zira kat sekolah.






ok semua. itu sahaja cerita untuk pagi jumaat ni. 






korang semua jaga diri baik-baik ye,, =)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 3 mac 2011 10.05 p.m.

2 comments:

Nailofarhazirah said...

best x jadi cikgu?

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

best kalau memang ada jiwa sebagai seorang guru dEar,,



tapi kena bersedia untuk korbankan jiwa dan raga sebab jadi cikgu penat sangat,, huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails