SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, April 25, 2011

25 April, gaji dah masuk!





salam sayang semuanya,
dah hari isnin semula dah, kejap je masa berlalu kan, dan minggu ni minggu terakhir dalam bulan April






semalam takde apa nak diceritakan sebab duk rumah je. pagi tusyen sampai tengah hari. makan 3 kali macam biasa. malamnya makan mamee asam pedas masakan sendiri sebab teringin makan mamee dan kebetulan bik ani masak asam pedas. makan malam jam 6 lebih petang nak dekat maghrib dah.



gambar tunggal untuk entry pagi ini,, =)




ouh, hari ni gaji dah masuk. awal pagi lagi dah cek gaji. sebab gaji kan biasanya 24, 25 atau 26 haribulan. jadi, bulan ni gaji 25 iaitu hari ini. karang lepas update blog kena bersiap dan keluar untuk menguruskan hal kewangan. eceh, siap ada hal kewangan lagi ni. eh, mestilah kan, setiap bulan masuk gaji, gaji perlu diuruskan sebaiknya supaya cukup sehingga gaji seterusnya, Insya Allah.







ok, sekejap lagi nak kena uruskan duit sendiri, duit pencen atok dengan duit gaji bik moi. maklumlah, cik zira ni orang kepercayaan mereka bab-bab nak urus duit ni,, =)







lepas dah keluarkan duit dan simpan duit, kena bayar pape yang patut semua. jadi akan habiskan masa banyak di bank sebentar lagi.






bayar itu, bayar ini, dan bila gaji masuk ni walaupun duit baki tak sebanyak mana, tetap mengidam nak makan itu ini. itu ini tu seperti berikut :



  • air sedap kat KFC - tak dapat makan-makan lagi tau ni,, =(
  • steamboat
  • mee sizzling
  • yang ni tambahan, tetiba rasa nak makan jugak. gatal! - pasta pizza hut dan chicken chop KFC





ha, kalau macam tu wahai cik zira, uruskan duit dulu. ada baki lelebih, bolehlah makan mana-mana yang cik zira mengidam tu ye, atau makan semua sekali tapi bukanlah satu masa. boleh?







eh, oklah, tak boleh menaip pepanjang. nak kena keluar dah uruskan duit. atm mesti ramai sebab semua mesti nak amek gaji hari ni kan,, sebab tu takleh lelambat, kul 11 dah nak gi sekolah.






ok semua. bagi yang dah masuk gaji jugak, sama-sama kita menguruskan kewangan kita dengan baik ye!









~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 25 april 2011 8.31 a.m.

3 comments:

Unknown said...

dah selamat gaji ditekan tadi...hihi

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

haah, samalah kita,, =)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

ok, Insya Allah,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails