SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, April 16, 2011

hari semalam dan hari ini.





semalam, jumaat 15 april 2011, pagi seperti biasa update blog, kemudian keluar pergi ke bank untuk keluarkan duit. semalam setelkan ganti 4 biji tayar baru untuk kereta bik moi. dah selesai pasal tayar. tinggal bulan mei nanti selesaikan insuran dan road tax plak. kena simpan duit,, huhu






duduk dekat kedai kereta tunggu kereta siap agak lama jugak, sambil tunggu sambil baca majalah. dah lama rasanya tak baca majalah hiburan, tu yang leka tengok gamba-gamba dalam majalah. bila kereta dah siap, setelkan bayaran, kemudian balik rumah.






balik rumah terus makan sebab tak makan apa lagi dari pagi. makan pukul 11 pagi, makan nasi ayam versi bik ani. sedap. nasi ayam + ayam kukus + acar pencuk + sup + sos. makan dengan berselera sekali, maklumlah perut kosong tak makan apa lagi.






bersiap pukul 12 lebih, amek bik moi di bus stand larkin. hantar bik moi balik dan terus ke sekolah.






sampai sekolah, makan dadih dulu! yay!


dalam perjalanan amek bik moi di bus stand larkin



semalam makan dadih 2 tau. 1 simpan, habis kelas pukul 4 tuh makan lagi 1. suka betul cik zira makan dadih sejuk-sejuk tau. rasanya kalau bagi 5 pun cik zira boleh makan sekaligus. memang suka dadih!






oleh kerana semalam dah makan nasi kat rumah, jadi cik zira bawa bekal roti sahaja sapu jem kacang. makanlah masa makan dengan dadih.






jumaat masa mengajar sekejap je, jadi mengajar sikit, lepas tuh bagi dorang kerja lepas tuh baca banyak kali supaya dorang kenal perkataan dan sebut dengan betul.






sampai rumah semalam sebelum azan maghrib. tusyen malam semalam takde, jadi update blog dan buat kerja sekolah sikit.






hari ni awal pagi cik zira dah pergi sekolah. kena jadi pengacara majlis untuk program LINUS. lepas habis tugas itu, masuk mesyuarat kelab guru plak. tak tahu balik rumah pukul berapa nanti. petang kang ada tusyen dengan budak-budak kecik tuh. lama tak jumpa dorang sebab minggu lepas takde tusyen sebab sekolah ganti. petang kang jumpa dorang.






korang kerja ke cuti? cik zira kerja tau hari ni,, huhu
tak mengapa, kerja kena buat betul-betul. kalau korang bercuti, rehat-rehatkanlah badan tu ye. luangkan masa dengan insan tersayang. jaga diri ye semuanya,, =)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 15 april 2011 8.38 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails