SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, April 23, 2011

semalam, 22 April 2011





Assalamualaikum dan salam sayang buat semuanya,






hari ni hari sabtu tapi hari ni masih bersekolah macam biasa ganti cuti deepavali bulan 10 nanti.






apa cerita semalam?






begini ceritanya,






awal pagi buat kerja pape yang patut, kerja sekolah dan sesi mengupdate blog. kemudian dalam pukul 9 lebih pergi giant beli barang bik ani. beli barang kemudian balik, sekejap sahaja.






bersiap pukul 12 lebih, keluar rumah pukul 1. sampai sekolah terus solat zohor dahulu. kemudian buat kerja sekolah macam biasa.






semalam makan dadih dekat bawah sebab dah bunyi loceng dan nak kena amek kedatangan anak-anak 2F cik zira. makan dadih pun laju-laju.






kelas dengan 3J ok, tiada masalah, banyak bagi dorang kerja dan tunjuk macam mana kerja dorang kena buat dan siapkan. lepas habis 3J terus ke 2E sebab nak buat puppet dengan dorang. masa ada tak sampai 30 minit, jadi kena cepat-cepat. masuk terus bagi arahan apa dorang kena buat dan pesan kat dorang cepat-cepat. itu pun tak semua yang siap. yang cik zira tolong dapat siap cepat. yang tak siap cik zira suruh buat kat rumah dan bawa hari ni nak tengok. dah teramek masa cikgu lepas tuh dalam 5 minit, cik zira pun bergegas keluar kelas sebab cikgu tu dah tunggu kat luar. kesian budak-budak, harap-harap dorang tahulah macam mana nak buat kat rumah, senang je sebenarnya tapi sebab dorang yang buat kan, jadi susahlah,, =)


 budak-budak yang dah siap cik zira tolongkan,, =)





aduhai, selebet betul teacher hazirah ni, 
spek tuh dah nak terjatuh dah,, huhu




semalam, sambil-sambil ada masa lapang, kena stapler kertas untuk tahun 5 dan tahun 4 ada bengkel menjawab bahasa inggeris hari isnin dan selasa ni. jadi, cikgu-cikgu petang kena tolong cikgu pagi staplerkan kertas modul. ada masa free jek kerja cik zira stapler modul-modul tu.






lepas tu time paling best mestilah makan! cik zira bawa bekal nasi + sayur masak lemak + sambal belacan. lepas tuh makan dengan kak zu dengan kak ida ada sardin dengan ikan masin. peh, laju jek cik zira makan. lepas tuh siap tambah nasi pergi amek kari ayam plak, kak liza bawa untuk semua cikgu makan. dua kali cik zira makan nasi,, =)







balik semalam, jalan jam dekat carrefour tuh sampailah kg melayu, penat kaki asik benti-benti jek, maklumlah kereta manual,, hehe






malam macam biasa, disebabkan tusyen takde, cik zira pun tunaikan maghrib, isyak dulu, iron baju untuk hari ni dan mulalah menyambung kerja stapler tuh, bawa balik 50 set. kejap je siap, tahu bawa balik 100. takpe, kang kat sekolah boleh sambung lagi staplerkan.






hari ni pergi sekolah mengajar macam biasa. tapi kelas terus pukul 1 sampai 4.30 sebab ikut jadual hari khamis. penatlah hari ni sebab kena naik perpustakaan kemas perpustakaan dan kena siapkan tempat untuk bengkel menjawab tu. kena kerja keras jugaklah hari ni,, huhu






hari ni disebabkan ganti sekolah, tusyen petang pun takde. esok tusyen pagi ada. hari ni sabtu, esok ahad, lepas tuh isnin sekolah balik. dah sekarang cik zira ni, 6 hari pergi sekolah, sehari je dapat duk rumah,, =)







ok semua, semoga anda semua gembira ye hari ni,, ^______^







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 23 april 2011 7.58 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails