SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, April 28, 2011

semalam, 27 April 2011





salam sayang seribu kali sayang,, 







ha, nampak tuh, seribu sayang tau cik zira kat korang semua yang rajin singgah sini walaupun cik zira rasa pengisian blog cik zira ni macam hari-hari je sama, maaflah ye, memang cik zira suka berkongsi apa yang terjadi pada cik zira dalam blog ni,, =)






semalam pagi, lepas siapkan update blog, cik zira keluar rumah pergi menyelesaikan beberapa perkara. keluar rumah dalam pukul 8 lebih nak dekat kul 9. terus ke KWSP dulu. lepas selesai KWSP, terus ke maybank tanya sikit, lepas tuh terus ke Kg. Melayu photostat beberapa helai dokumen, beli board sekali untuk projek trasportation. kemudian, ke pejabat pos kg melayu, poskan dokumen ke chenta hati 1. lepas itu pulak, destinasi terakhir ke giant, membeli barang-barang bik ani seperti gula dan tepung. dan memang ke mana-mana cik zira akan sorang-sorang jek sejak dari dulu, senang,, =)






sampai rumah pukul 10.20 macam tu. terus bersiap nak pergi sekolah.






keluar rumah semalam pun agak lewat 15 minit. tetiba tak reti macam mana nak pakai pashmina gabak tuh, tu yang amek masa lama. aduhai, sebab tu suka pakai syria je, senang sangat, pakai sarung dah siap! hari ni pakai syria balik,, hehe






oleh kerana tidak makan sedari pagi, makanya, tapau nasi, bawa sekali lempeng, makan dalam perjalanan pergi sekolah. lempeng tuh bukan main besar, cik zira amek separuh pun dah kenyang dah. makan kosong macam tu jek dah sedap sebab dalam dia macam ada kelapa. tapi kalau dapat makan dengan sambal tumis, lagilah sedap, cuma macam mana nak makan dengan sambal sambil memandu kereta?,, ;)


 tengoklah tuh, makan lempeng pun nak tunjuk kat blog, 
isyh iysh,, ;)

ini bekalan lempeng yang dimakan dalam perjalanan ke sekolah




sampai sekolah, letak barang, buat kerja sikit, makan pelam plak. sedap, sejuk, RM 1 je. kat bilik guru kitorang dah macam-macam jual, semuanya sedap. sebab tuh hari-hari cik zira mesti melabur beberapa ringgit, beli buah lah, beli kerepeklah, beli dadih lah,, best tau bilik guru SKTC ni,, =), lepas makan pelam, makan dadih plak, perisa jagung


pelam yang sedap, masam masam manis,, =)




mesyuarat pukul 12.30 sampai pukul 2, sedih betul cik zira tak dapat masuk 2F. tapi, masuk jugak nak amek kedatangan lepas mesyuarat tuh, bergegas naik kelas. bagi dorang homework dan terangkan macam mana dorang nak buat. hari ni nanti cik zira ajar dorang. 3 kelas lain dapat mengajar seperti biasa. nanti kena siapkan lesson plan untuk hari ni plak.






makan nasi dalam pukul bape entah tak ingat, kul 4 tak silap. sekali makan dengan chicken chop, fries dengan coeslaw, dapat sebab ada jamuan untuk cikgu bawa budak-budak pergi olahraga, tapi cik zira tak dapat datang jamuan pagi semalam, jadi cikgu laki tolong tapaukan. terima kasih ye cikgu-cikgu laki,, =)






semalam makanan ada tambah lah, tetap habis, jangan risau,, hehe
dan bekal semalam ialah nasi + sup sayur campur bebola + tauhu goreng + sambal kicap






balik rumah semalam sampai lewat sebab jalan jam. bersihkan diri, solat ngaji siap-siap seperti biasa, kemudian makan sambil tengok berita dan cerita nak amek mood nak buat kerja sekolah. amek mood caranya kena makan dulu,, ehe







makan malam dalam pukul 8 lebih tu ialah bihun tomyam dan bihun goreng yang sedap. makan sampai habis, tak baik membazir kan,, =)








buat kerja sekolah, tido pukul 11 lebih macam tuh.






itulah cerita semalam. cerita kat sekolah + cerita pasal makan. hidup cik zira sebagai seorang guru tidak akan dapat lari dari makanan. itu lumrah cik zira,, ^_______*








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 28 april 2011 8.10 a.m.

4 comments:

~azillakhalison~ said...

makan makan makan...hehe entri zira mesti ade mkn mkn..hehe xpe2..saye suke makan makan makan jugak :) ngeeee

zanox said...

dun worry cik zira..yang bestnya rajen menyinggah sebab ada makan²..hehe..kenyang bace blog merah ni haa :)

New entry : Self- saucing chocolate pudding - must try!

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

~azillakhalison~



haah lah dEar, sebab suka makan mesti kena ada gamba makanan,, =)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

zanox



hehe, nak kena letak lebih gamba makan neyh,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails