SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, May 17, 2011

hadiah hari guru





syukur alhamdulillah
ada jugak murid yang bagi hadiah kat cik zira sempena hari guru semalam. bukan sedikit, tapi banyak jugak yang cik zira dapat. macam-macam rupa bentuk hadiahnya. terima kasih wahai anak-anakku,, =)






awal pagi cik zira nak amek kedatangan kelas tuh dah semua datang bagi hadiah masing-masing, yang bawa hadiah tu lah. tak bawa hadiah dorang semua datang cakap selamat hari guru. lepas dah amek kedatangan, cik zira salam ngan dorang semua. senyum je tengok dorang rajin datang nak tengok sambutan hari guru.






disebabkan tak cukup tangan nak bawa hadiah, jadi suruh dorang tolong bawa dan letak atas meja cik zira dalam bilik guru. terima kasih tau anak-anak.






dah nak dekat balik pun ada dapat hadiah lagi dan cik zira kumpulkan semua dan masukkan dalam beg-beg supaya senang nak angkat. bawa masuk kereta penuh dekat seat belakang.






balik rumah, dah petang tuh, letak semua dekat ruang tamu dan buka hadiah. atok pun tengok cik zira buka hadiah, dia nak tengok budak-budak bagi apa.






macam-macam ada. pen, cenderahati comel-comel, gelas, bekas makanan, cincin, kerongsang, kek coklat, muffin, frame gambar dan macam-macamlah. cik zira buka hadiah tuh semua dan susun masukkan dalam satu beg. banyak hadiah dah dapat sejak praktikal dan semuanya cik zira simpan elok-elok buat kenangan. mana tahu dah pindah rumah sendiri nanti boleh beli satu rak khas untuk simpan hadiah-hadiah yang anak murid kasi kan,, ;)







oh, untuk hadiah pertukaran guru, cik zira dapat bakul rotan yang comel daripada kak mardy. bolehlah buat bekas letak barang. terima kasih ye kak mardy! cik zira pulak bagi dekat cikgu wan azrol, bagi baju dengan seluar untuk baby arissa cikgu wan dengan kak lah. harap oklah hadiah tu,, =)







dari Kelab Guru Pendita, dapat surah yasin + pen + t shirt. best jugak,, =]






ha, entry malam ni entry pasal hadiah yang banyak, seronoknya,, ^_______^






p/s hari ni cuti wesak. boleh berehat sambil membuat kerja yang patut. esok sekolah balik.








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 17 mei 2011 8.38 a.m.

2 comments:

Faizaharis2 said...

wowwwwwwwwwwww byknyerrrrr hadiahh..

hazirah abdul rahman said...

hehe,, haah, banyak ssaaaanggaatt!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails