SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, May 17, 2011

Sambutan Hari Guru SKTC - Part 2




salam sayang buat semuanya






baiklah, untuk Part 2 petang ini cik zira akan bercerita pulak pasal sukaneka untuk guru-guru yang diadakan selepas majlis sambutan pada sesi pertama.






selesai majlis sambutan, semua guru dikehendaki menyalin baju untuk acara sukaneka dan dikehendaki memakai tshirt baru dapat dari Kelab Pendita. cik zira tak tahu pun tshirt tuh warna apa. sekali kena pulak dengan tudung syria cik zira, outer hitam inner kuning, sama warna dengan tshirt tuh, ada cikgu tegur cik zira macam tahu-tahu jek sebab tuh tudung dengan tshirt sepadan, hehe






untuk acara pertama, acara sukaneka. ada 4 kumpulan. dan sangatlah kelakar bila yang dah besar-besar ni main sukaneka, biasalah mesti ada tipu-tipu,, hehe
murid yang tengok pun keje nak gelak jek tengok perangai kebudak-budakkan cikgu-cikgu dorang ni,, ;)













lepas acara sukaneka, acara bola jaring oleh guru lelaki. kak rahida yang expert jadi pengadil bersama sofi. punyalah pening dia nak adili cikgu-cikgu laki ni. dorang main macam pro dan banyak buat rules sendiri,, hehe, tapi memang hebatlah cikgu laki main netball, respectlah cik zira. GPK 1 dengan GB pun main sama. memang hebat!








macam-macam gelagat cikgu lelaki main bola jaring dan memang menghiburkan,, =)






masa tengah main matahari dah kuat dah, panas dunia dirasai. pertandingan bola jaring amek masa jugaklah sebab ada 4 kumpulan dan semuanya hebat.






lepas selesai cikgu lelaki, giliran cikgu perempuan pulak bermain futsal tapi 2 kumpulan sahaja sebab macam biasalah ramai yang tak nak join. kelakar bila tengok cikgu-cikgu perempuan ni kejar dan sepak bola. tapi yang bestnya, yang dah ada anak-anak ni pun bukan main ligat sama kejar dan sepak bola. cik zira pun join futsal ni jugak tapi asyik keje gelak je masa tengah main. yelah, ada yang jatuh, ada yang kasut tercabutlah, ada yang sikit lagi nak gol tapi tak gol jugak,, ehe






murid semua dah dibenarkan balik dulu tinggal cikgu-cikgu je meneruskan acara sukan tuh sampai ke habis futsal cikgu perempuan. selepas tamat, hamper disampaikan kepada pemenang untuk acara sukaneka.






lepas pemberian hamper, semua cikgu makan tengah hari nasi minyak di kantin masakan guru besar dan geng-gengnya,, cik zira tak makan pun, berkemas dan terus balik sebab ada hal perlu diuruskan. bayangkanlah dari pagi makan roti telur jek satu sampailah ke pukul 4 lebih baru dapat makan,, huhu


dalam kereta kepenatan dan nak balik uruskan satu perkara




ini sahaja untuk Part 2. malam kang cik zira tunjuk hadiah cik zira dapat ye budak-budak bagi sempena hari guru,, =)








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 17 mei 2011 8.25 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails