SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, May 17, 2011

Sambutan Hari Guru SKTC - Part 1





Assalamualaikum







oleh kerana semalam, 16 Mei 2011 bersamaan dengan Hari Guru, makanya, makanya pada hari ni entry-entry cik zira semua akan berkisar tentang sambutan hari guru semalam di sekolah cik zira, SK Taman Cendana. dan tengokkan pada tajuk entry ini part 1, maka tahulah anda semua bahawa memang banyak cerita cik zira nak ceritakan mengenai sambutan hari guru semalam dan perlu diceritakan secara berperingkat-peringkat sebagai motif untuk menyampaikan semua cerita,, =)






baiklah, untuk Part 1 ni, ceritanya lebih berkisarkan tentang Majlis Sambutan pada awal pagi tuh sehingga ke pukul 10.00 pagi macam tu. jadi, cik zira akan ceritakan secara kesimpulan ajelah ye.






sebelum tuh, cik zira pakai apa ye semalam?
ha, jangan tak tahu, cik zira kalau ada majlis penting yang boleh melaram sikit, cik zira akan melaram lah kan, ape lagi,, hehe
jadi, cik zira pakai baju raya tahun lepas yang baru pakai sekali masa raya tuh. shawl pun sama, cotton shawl merah dan inner kuning + biru kehijauan. make up skit-skit. maklumlah nak jadi pengacara majlis katakan,, ;)
nah, tengoklah gaya cik zira semalam ye.


 dalam bilik guru

 dalam kereta

masa masih mengacara majlis pun sempat,, ;)




secara puratanya, tak ramai pelajar yang datang semalam. setiap kelas hanya separuh sahaja murid yang datang yang nak jumpa cikgu dorang dan nak bagi hadiah. yang lainnya semua duduk di rumah,, jadi, muatlah dataran utama untuk dikumpulkan kesemuanya.








pelbagai acara diatur untuk sambutan itu dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. di bawah ni antara gambar-gambar acara yang dipersembahkan.



 persembahan guru


 nyanyian lagu oleh guru




dan cik zira bersama kak rahida sebagai pengacara majlis berjaya mengacarakan majlis dengan beberapa kesilapan kecil. mohon ampunlah dengan pengacaraan kami ye cikgu-cikgu. ha, kat bawah ni pulak gamba cik zira dengan kak rahida selaku teman sepengacara dan kak rahida ni lah yang duduk sebelah meja cik zira dalam bilik guru,, =)

selesai jek majlis sambutan, semua guru bersedia untuk sesi bergambar. punyalah panas terik sebab matahari tengah naik sampaikan jurugambar rasmi sekolah pun dah jadi berang dah asyik keje nak mengamuk jek. tak patutlah kan, tahu awak penat, tapi lain kali kena lebih bersabar ye ustaz. tak baik tunjuk marah-marah depan orang,, ;)


 panas-panas pun sempat bergambar tau, 
muka berkilat-kilat dah berpeluh,, huhu

 tengok kerut kak ida tuh kepanasan sangat

kak zu, kak sharifah noor dan cik zira




selesai sesi bergambar, cik zira masuk bilik guru letak barang dan bersedia nak salin baju untuk acara sukaneka. ha, bab sukaneka cik zira cerita bahagian part 2 plak ye.


ni muka dah selesai majlis sambutan dan bersedia nak tuka baju plak




itu sahaja untuk Part 1 ni, petang kang sambung cerita untuk part 2 plak ye,, 
tunggu,,, ^_____*







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 17 mei 2011 8.05 a.m.

2 comments:

Faizaharis2 said...

Selamat Hari Guru....cikgu Zira!...

cantekk3...

hazirah abdul rahman said...

Terima kasih dEar,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails