SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, May 16, 2011

selamat sudah berkursus




sabtu dan ahad 14 & 15 mei, sudah selamat cik zira berkursus selama 2 hari di Masjid Taman Desa Jaya bersama BFF dan tunangnya.


 ahad, 15 mei 2011
sabtu, 14 mei 2011




kalau kursus di masjid tuh, kursus apa lagi kan, sudah tentulah kursus kahwin. alhamdulillah, selesai pasal kursus kahwin. nanti nak kena uruskan hal-hal borang-borang dan dokumen sume kena lengkapkan pula. takpe, yang itu buat pelan-pelan, masa masih panjang tapi pun tak boleh nak lengah-lengah. ada masa, perlu siapkan. Insya Allah.






kursus selama 2 hari itu, dengan peserta kursus seramai 49 orang sahaja, memberikan banyak ilmu berguna kepada cik zira. banyak yang cik zira pelajari selama kursus ni berlangsung. walaupun ada masa dan ketika mengantuk tuh, tapi adatlah kan. cepat-cepat bagi tak ngantuk, buat kerja pape yang patut,, hehe






oleh kerana masjidnya dekat sahaja dengan rumah BFF, maka awal pagi dah sarapan umah BFF, mak BFF masak sedap-sedap. pagi pertama makan nasi goreng + ayam goreng. pagi kedua sarapan pulak mee sup. peh, sedap betul. makan tengah hari pun sama. cik siti dah masakkan sedap-sedap. kitorang bertiga ni apa lagi kan, sampai rumah terus makan, lapar dengar ceramah agaknya,, hehe. walaupun penganjur sediakan makanan, tapi tetap nak makan cik siti masak,, =)


 sarapan hari kedua : mee sup cik siti yang sedap,, =)




maka, cik zira kini dah ada sijil kahwin dah. tak payah nak risau-risau dah lepas ni. dah boleh teruskan dengan perkara lain yang berkaitan. 
ada yang dah selesai, tapi masih banyak yang perlu diselesaikan lagi. Insya Allah akan cuba selesaikan satu per satu.






hari ni hari guru kat sekolah apa cerita ye? 
memang seronok sangat. esok lah cik zira cerita lain k.
bye semua,, =)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 15 mei 2011 9.03 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails