SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, May 5, 2011

Mengajar Kata Adjektif





salam sayang semuanya 
dan 
Assalamualaikum







baiklah, entry pada malam ini cik zira nak berkongsi pasal tusyen cik zira isnin yang lepas






disebabkan BFF tak dapat nak buat tusyen, jadi cik zira mengajar seorang sahaja dan perlu memikirkan aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa selama 2 jam untuk bahasa malaysia dan 2 jam lagi untuk bahasa inggeris






untuk subjek bahasa malaysia, cik zira mulakan pelajaran dengan memberikan penerangan mudah difahami kepada anak-anak cik zira tuh mengenai apa itu yang dimaksudkan oleh Kata Adjektif?






cik zira terangkan jenis kata adjektif dan berikan contoh supaya anak-anak lebih faham. kemudian macam biasa, cik zira bagi masa untuk dorang ingat dan cik zira akan soal balik apa yang cik zira dah terangkan dan dorang kena jawab apa yang dorang faham







jadi, setelah selesai sesi pembelajaran, aktiviti yang cik zira buat yang berkaitan dengan Kata Adjektif itu ialah, cik zira bagikan kertas A4 dan kertas warna kepada setiap seorang. kemudian lipatkan menjadi buku kecil. dan cik zira suruh dorang hasilkan buku cerita sendiri yang perlu ada kata adjektif dalam cerita dorang itu, cik zira bagi contoh sebelum dorang buat supaya dorang dapat gambaran macam mana nak hasilkan buku cerita sendiri


cover depan buku cerita cik zira
kata adjektif di situ ialah besar dan cantik,, =)




lama jugak dorang nak buat buku dorang tuh dengan menggunakan kata adjektif yang dah belajar, tapi cik zira bangga sebab dorang berjaya jugak buat dalam masa yang diberikan tuh. bila semua dah siap, semua bacakan cerita masing-masing dan dorang memang tahu macam mana nak gunakan kata adjektif itu walaupun ada sedikit kesalahan kecil



tekun sungguh mereka berlima membuat buku cerita masing-masing




jadi, kalau nak ajar Kata Adjektif ni, buat aktiviti yang macam ni pun bagus sebenarnya. kalau dekat sekolah masa tak cukup, boleh buat satu muka surat yang ada ayat menggunakan kata adjektif, bagi budak kemahiran menulis menggunakan kata adjektif yang dorang dah belajar. melalui ini kita tahu sama ada budak faham atau tak apa sebenarnya kata adjektif tu.






buku dah siap, cik zira suruh dorang simpan dalam fail bahasa malaysia masing-masing. siap ada fail tau,, hehe, sebab segala hasil kerja dorang cik zira akan suruh simpan dalam fail






bagi sesi bahasa inggeris cik zira ajar buat simple sentences menggunakan simple present tense mengenai ibu dorang. bila dah faham bagi kad dan suruh dorang buat kad mother's day menggunakan ayat yang dorang dah buat sebelum tu, dah siap buat kad ajar tentang directions plak, bawa dorang keluar rumah dan bermain sambil belajar menggunakan directions







sebagai cikgu, kena percaya dan yakin pada diri dalam apa jua yang kita lakukan dan pastikan kita mengajar dengan ikhlas dan selalu mahukan yang terbaik untuk anak-anak murid kita. macam cik zira, pendapat cik zira lah untuk mengajar bahasa ni, kena banyakkan aktiviti yang anak-anak suka dan bila suka, dorang faham dan dorang akan ingat. dan cik zira nak jadi cikgu yang aktif dan bukan hanya bercakap sahaja di depan, Insya Allah, setiap hari cik zira masih berusaha untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak cik zira baik di sekolah mahu pun di tusyen,, =)








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 4 mei 2011 9.23 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails