SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, May 12, 2011

semalam, 11 mei 2011






Assalamualaikum
salam sayang buat semuanya






kembali lagi dalam entry pagi tapi kali ni pagi khamis nak bercerita pasal kisah harian cik zira sebagai seorang cikgu bahasa inggeris di SK Taman Cendana, pasir gudang.






baiklah, cik zira mulakan dengan memberitahu juadah sarapan cik zira pagi semalam iaitu sebiji kuih keria yang sedap + roti jala dan kuahnya. itulah sarapan pagi.






takde keje sekolah sangat, jadi boleh tengok tv dan berehat. bersiap dan keluar rumah menuju ke sekolah seperti biasa dan sampai pun seperti biasa






sampai jek, letak barang dan naik perpustakaan nak siapkan lesson plan. lepas siap, turun bawah sebab 12.30 ada mesyuarat. dadih dah sampai tapi takde duit pecah. dapat makan dadih kul 2 lebih macam tu. mesyuarat semalam habis lagi 10 minit nak kul 2. guru besar ada jadi, disebabkan lama GB tak jumpa kitorang ni, jadi banyaklah jugak pesanan dan amanat beliau berikan kepada kami, guru-guru SKTC. taklimat ringkas tentang kursus uniform dan perkhemahan juga sambutan hari guru turut disampaikan dalam mesyuarat semalam.






habis mesyuarat, bergegas naik ke 2F, amek kedatangan dan semak kerja rumah yang cik zira berikan dekat anak-anak cik zira tu. ada peningkatan, alhamdulillah. cuma memang ada sorang budak tuh memang selalu kerja dia tak siap, itu memang dah tak boleh nak buat apa dah,, huhu, kutip buku nak tanda lepas tuh loceng dah bunyi terus keluar, masa dah habis. jadi kejap jelah dapat jumpa 2F. hari ni akan sambung ulangkaji dan nak terangkan lagi dekat dorang supaya dorang faham tentang relationship in the family.






semalam masa rehat tak banyak sangat. makan kerepek pedas macam biasa untuk alas perut. minum air banyak sikit untuk tenaga. dapat makan pun kul 5 lebih macam tu sebelum masuk kelas akhir. makan sampai habis seperti biasa sebab lapar,, bekal semalam ialah nasi + kuah asam pedas + sayur bendi + ayam masak blackpepper.








sampai rumah semalam azan maghrib, basuh bekal lepas tuh terus duduk dekat meja makan sebab ada roti john bik ani buat guna roti perancis tuh, bukan main besar lagi, kena nganga luas-luas nak makan roti john itu,, hehe






malam tadi buat kerja sekolah sampai kul 11 macam tu. kul 11 lebih dah tido. pagi ni boleh berehat sebab kerja sekolah dah siapkan. boleh update blog dengan tenang,, ececeh






oh, pagi tadi, kul 7 cenggitu pergi pasar larkin dengan bik ani. jadi, beli bakso untuk sarapan pagi tadi. dah selamat dalam perut dah,, ;)






ini sahaja untuk pagi ini.
bye semua,,







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 12 mei 2011 9.00 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails