SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, May 20, 2011

semalam, 19 Mei 2011





Assalamualaikum 
salam sayang buat semuanya






walaupun semalam hari yang penat di sekolah tapi tetap rasa gembira,, =)







keluar rumah macam biasa. semalam khamis patut kena berbatik, tapi cik zira memang lupa habis, sampai sekolah baru teringat hari khamis. pergilah pakai baju pink dan tudung syria hitam. inilah pertama kali lupa nak pakai baju batik pada hari khamis,, huhu






masa dalam kereta selalunya akan bawa bekal pape nak makan masa dalam perjalanan ke sekolah. jadi, semalam masa untuk makan buah-buahan. buah-buahan yang dimakan ialah buah pisang! ye, makanlah buah untuk kesihatan ye walaupun semasa dalam perjalanan,, hehe






mengajar seperti biasa, buat ulangkaji dengan 4 kelas yang cik zira ajar. kelas dari pukul 1 sampai 4.30. jadi, masa kul 1.30 tu cik zira tinggalkan 3J sekejap suruh dorang salin soalan untuk dibincangkan bersama jawapannya. cik zira zohor sekejap dan masuk semula ke 3J dan alhamdulillah dorang tak bising dan buat kerja.






masa kelas 3B, bawa dorang masuk bilik SAC macam biasa. baru nak mula, takde elektrik pulak. dahlah bergelap dan berpanas. kesian dorang. bagi dorang salin soalan lepas bagi penerangan. lepas dah kesian sangat tengok dorang tu, cik zira suruh dorang buat depan bilik SAC, terang dan berangin. habis kerja, buat kuiz dalam kumpulan tentang Demonstrative Pronouns yang dorang dah buat tu. seperti biasa, 3B ni memang suka kerja kumpulan dan siapa yang menang akan dapat pink sticker tu, tu yang dorang suka.






semalam pun masih dapat hadiah hari guru padahal dah beberapa hari berlalu. masukkanlah dalam satu plastik bawa balik rumah. terima kasih ye anak-anakku,, =)






habis kelas 4.30 tu, turun bilik guru dan bersedia pulak nak tanda buku budak. selalu hari khamis kalau tak sempat tanda dalam kelas, memang akan tanda dekat bilik guru, siapkan tanda dan rekodkan nama dalam buku rekod mengajar. tanda buku 2 kelas sahaja 2E dan 3B.






dah siap menanda buku, terus pergi solat asar. lepas asar barulah dapat makan dan berehat sekejap. semalam bawa bekal nasi + sayur lemak + sambal goreng jawa. disebabkan penat dan lapar sangat, makan tak toleh kiri kanan tuh,, ~~






balik rumah semalam jalan tidak sibuk dan sampai rumah betul-betul tengah azan maghrib. malam tadi tido awal sebab mengantuk sangat, lepas isyak terus dah lepak dalam bilik. nasib baik kerja sekolah dah siapkan.






ini sahaja untuk cerita semalam ye. jumpa lagi di entry petang nanti,, 







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 20 mei 2011 7.55 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails