SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, June 10, 2011

makan-makan 10 Jun 2011






hari jumaat yang duduk di rumah sahaja, hanya tinggal 2 hari sahaja cuti sebelum bekerja seperti biasa isnin ini






hari ni buat apa ye kat rumah? tak buat apa, kerja pun buat sikit-sikit je, tengok tv, berehat, makan-makan dan makan, ini yang paling suka,, ;)






pagi makan keropok lekor 3 biji cicah sos nya. kemudian makan kuih bik ani buat sebiji. lepas tuh makan kacang je tak berhenti. habis jek nak makan lagi, amek sikit-sikit, penyudahnya amek satu mangkuk kecik. makan sambil tengok tv. pastu keje asyik nak makan ais krim je, mentang-mentanglah selagi ais krim tak habis, ada je dalam fridge tu,,







makan nasi pukul 3 lebih. nasi + sayur air + sardin. hari ni bik ani masak ringkas sahaja. ringkas pun sedap tau sebab sardin tuh pedas. suka tau!






dalam pukul 5 lebih nak dekat kul 6 pergi pasar malam. cik zira beli laksa penang yang seringgit harganya tapi tak sama dengan kampung melayu tu. seringgit dia sikit betul. jadi, cik zira makan 2 bungkus, baru kenyang. makan dengan minum jus oren.






beginilah kalau duk rumah kan, kejenya nak makan aje.






takpe, makan ye cik zira. hari isnin dah nak keje. bila lagi dapat makan berehat-rehat kat rumah macam ni kan. lepas ni dah takde cuti lama, tunggu cuti raya je ogos/september tu, lagi 2 bulan lebih. jadi, cuti puas-puas lagi 2 hari ni ea, kang dah keje balik banyak keje menanti tu.






baiklah, cik zira akan cuba sehabis baik menghabiskan cuti berbaki 2 hari ni dengan berehat walaupun sabtu dan ahad ada tusyen.





anak-anakku, tak sabar nak jumpa korang kat sekolah ni. nak bagi kertas periksa,, =)








~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 10 jun 2011 8.22 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails