SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, June 17, 2011

semalam, khamis 16 Jun 2011





berbaju batik perpustakaan ke sekolah semalam. tudung syria warna sepadan dengan baju,,,=)






keluar rumah seperti biasa. sampai pun seperti biasa. tapi satu perkara yang membuatkan cik zira sedih dan geram ialah selipar toilet cik zira hilang tak dapat dikesan. puas mencari, puas menunggu tapi dah tak jumpa dah. sedih sangat sebab selipar tuh cik zira jaga sejak belajar lagi. dah hilang dah dia. siap ada tulis nama tau kat selipar tau. sape yang pakai patut pulanglah balik. geram betul!






kena bawa selipar barulah. bukan suka pinjam orang lain punya.






kelas semalam dari pukul 1 sampailah pukul 4.30. takde rehat. terus-terusan mengajar. nasib baik semalam bertenaga sampailah pukul 4.30. semangat mengajar tuh mengatasi segalanya. tak rasa macam puasa pun. syukur alhamdulillah.






hari khamis jugak bermakna, hari cik zira menanda buku budak dalam bilik guru sebab hari khamis memang biasa akan bagi latihan lebih dekat dorang. hari-hari lain semua latihan diberi siap dalam kelas dan memang cik zira akan tanda dalam kelas jugak. cuma hari khamis, akan ada buku cik zira tanda dalam bilik guru untuk mengisi masa terluang lepas kelas 4.30 tu.







tapi, tak dapat dinafikanlah, habis jek kelas 4.30 tu cik zira memang penat, duduk berehat sekejap je tarik nafas dulu sebelum teruskan dengan menanda buku dan buat reflection untuk lesson plan.






muka memang dah penatlah. mata pun nampak sangat ngantuk,, hehe



muka penat mengajar 3 jam setengah tak berhenti,, ;)




hari khamis yang tiada masalah. happy seperti selalu. bila suka dengan kerja ni, memang akan happy je walaupun kerja banyak mana. tetap rasa gembira je,, =)








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 16 jun 2011 9.23 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails