SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, July 2, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan





salam sabtu dan salam sayang buat semuanya,





kembali semula di hari sabtu minggu pertama dalam bulan Julai 2011, 2 Julai.






hari ini, bukan sekolah cik zira saja, SK Taman Cendana, malah boleh dikatakan kesemua sekolah di Malaysia bakal berlari bersama untuk Larian 1 Murid 1 Sukan yang diadakan serentak di seluruh negara. tak tahulah kan kalau ada sekolah yang tidak mahu buat larian ini,, huhu






jadinya, awal pagi lagi cik zira dah pergi ke sekolah dan program bermula seawal 8 pagi dengan senaman aerobik dan larian akan bermula jam 9 pagi. bezanya larian ini dengan Larian Perdana yang lepas ialah Larian 1 Murid 1 Sukan ni diadakan sebanyak 2 pusingan laluan yang sama seperti larian hari tuh. dan akan ada murid iaitu atlet sekolah yang akan membawa bersama alatan sukan seperti bola sepak, hoki dan sebagainya sebagai simbolik kepada tema larian ini.






hari tuh satu pusingan cik zira lari pun agak pancit, ini dua pusingan pancit-pancitlah agaknya, mesti tak boleh berlari terus macam hari tuh, kena ada berhenti jugak,, hehe






pancit-pancit pun kena jadi AJK Kecemasan, kena berlari sama dengan budak-budak,, ;)






Jadi, waktu sekarang ni mesti masih berlari nak habiskan larian.






penat berlari, balik tengah hari karang kena bersiap nak ke rumah tokyam plak sebab lepas zohor, sepupu cik zira belah arwah mak, Qila akan melangsungkan majlis pertunangan. nak ke sana pulak tolong apa-apa yang patut.






pasal tunang ni nanti cik zira cerita k bila ada masa dan ada gambar. ada gambar sedap sikit nak bercerita ye tak? hehe






okeh lah semua. Selamat Hari Sabtu kepada semua ye. yang bercuti amboi, bestnya!! yang bekerja sama dengan cik zira ni, kita kerja bagus-bagus ye,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 1 julai 2011 8.56 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails