ini cerita hari sabtu cik zira semalam ye.
pagi kul 7 lebih sudah bergerak ke sekolah sebab ada mesyuarat Kelab PENDITA. sampai tak ramai lagi datang, ingat dah lewat. AJK ramai, nak dekat 30 tapi yang datang separuh sahaja.
sabtu yang MERAH
cik zira bawa kuih koci sedap bik ani buatkan. habis sebekal cik zira bawa tuh. duk dalam air cond kan cepat lapar. sebelum meeting dapat makan nasi lemak dulu dan minum nescafe.
meeting mula nak dekat kul 9 jugaklah. banyak perkara yang dibincangkan. sambil bincang sambil borak jugaklah. selalu hari-hari jumpa dekat sekolah masing-masing sibuk, ni dapat jumpa dalam keadaan santai, kan seronok dapat borak-borak.
dalam perancangannya ada 3-4 program besar yang akan dijalankan oleh SK Taman Cendana sekolah cik zira ni, disebabkan itu perlunya perbincangan dan gerak kerja awal sebab bukan program sebarangan.
habis mesyuarat pukul 11, sempat tapau eskrim makan dalam perjalanan pulang.
balik terus ke larkin, pergi drive thru jek beli Ole' Pocketful Combo. harga RM 10.00 dapat Ole' Pocketful tuh, wedges dan air sprite,,, =)
punyalah happy. kalau happy mesti kena ada gambar happy nya bukan? ini dia budak happy baru dapat makan Ole' padahal orang lain dah berzaman makan,, eh, takpelah, asalkan dapat makan daripada kempunan ye tak?,,, ;)
balik sampai makan. wedges makan cicah sos cili dulu. lepas tuh makan ole' tuh. komen? macam biasalah, produk KFC ni semua kan berasaskan ayam, jadi kali ni sama macam pita yang sebelum ni, cuba ada lain sket-sket je. tapi cik zira rasa macam masin sket dekat ayamnya. nak ngabiskan Ole' tuh punyalah lama. siap buat kerja lain dua tiga kali baru dapat habiskan.
alhamdulillah. akhirnya dapat makan Ole' ni. syukur.
oleh kerana kekenyangan makan Ole' tu pukul 12 tengah hari, sampai ke petang tengok bola pun kenyang. lepas tengok tuh baru makan lauk sayur dan ikan, ratah lauk sahaja sebab masih kenyang. cima nak mengunyah sahaja.
itulah cerita sabtu cik zira semalam.
hari ini pagi tusyen seperti biasa. lepas tuh malam nanti kena siap-siap apa yang patut sebab isnin dah sekolah dan harap-harap petang esok tak hujan sebab nak laksanakan perasmian English Week. AMIN.
baiklah semua, selamat berhujung minggu,,, =)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 16 julai 2011 8.56 p.m.
2 comments:
actually cik zira ni kuat makan jugak ye? tapi ros tengok badan cik zira cam tu jugak! jeles lahhh~:)
terima kasih kepada pil halia mustajab dunia herbs.. =)
Post a Comment