syukur yang teramat syukur cik zira panjatkan kepada Allah yang Maha segala-Nya sebab Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Inggeris semalam berjalan dengan lancarnya. cik zira berdoa banyak-banyak supaya hari cerah, tidak hujan dan semua yang dirancang berjalan dengan lancar dan Allah makbulkan semuanya. Syukur Ya Allah.
pergi sekolah dengan penuh semangat sebab semalam bermulanya English Week. pakai baju Merah semua. nak tunjuk teacher hazirah ni memang penuh bersemangat!
tak puasa, bawalah bekal kan. bekal nasi + sayur campur + kuah singgang + udang goreng tepung. tapi, langsung tak sempat makan sebab sibuk sangat dan makan bila sampai rumah pukul 7 tuh. kesian kan. bawa bekal tapi makan dekat rumah,, huhu, nasib baik sempat makan ringan-ringan, dadih, buah tembikai susu dengan milo ais, takdelah lapar sangat-sangat.
cik zira juga berjaya menjual bookmark semalam sampai laku. habis jualan semalam, hari ni jual lagi. alhamdulillah. budak-budak ni memang suka sangat membeli. apa jek dijual, semua teruja nak beli. lagilah bookmarknya murah je, 30 sen, itu yang lagi ramai nak beli tu.
semalam pun bawa budak pusing sekolah untuk English Tour. bawa pusing dan sebut perkataan in English dan write in the book. seronok dorang sesekali belajar dekat padang, berangin je.
perhimpunan dan majlis pelancaran dan nyanyian action song beramai-ramai berjalan dengan baik sekali. nanti cik zira cerita lebih lanjut pasal perasmian tu sebab ada video nak upload. dengarlah suara cik zira dalam video tuh, semangat betul,, hehe
yang pentingnya, semalam cik zira gembira sangat sebab apa yang cik zira rancang berjalan dengan baik. syukur alhamdulillah.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 18 julai 2011 9.47 p.m.
No comments:
Post a Comment