SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, July 28, 2011

semalam, rabu 27 julai 2011





semalam pergi sekolah dengan rasa tidak sabar. bukan apa, tidak sabar nak tengok macam mana anak-anak cik zira menjawab soalan ujian bahasa inggeris.






cik zira dah banyak tolong anak-anak cik zira kelas 2F tu, dan harap berbaloilah usaha cik zira ni mengingatkan dorang banyak kali.






alhamdulillah, markah untuk ujian Julai ni naik berbanding peperiksaan pertengahan tahun Mei yang lalu. biasalah, kalau cikgu sekolah sendiri buat soalan, kita tahu anak-anak kita dah belajar apa, belajar takat mana. kalau soalan daripada PPD, entah apa yang keluar, kadang-kadang yang tak belajar pun masuk. tu markah nanti jatuh merundum,,, huhu






banyak kerja nak kena siapkan hari ni dan harap-harap dapat siaplah sebab malam tak boleh kacau pape nak tengok dan sokong pasukan Malaysia dan berdoa banyak agar Malaysia dapat menang. Amin.






sama-sama tau kita layan bola malam nanti. Aum, Hitam Kuning!!







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 27 julai 2011 8.31 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails