SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, August 4, 2011

antara perangai cik zira.





cik zira ni sejak dari kecil, dari dulu dah didik diri cik zira amalkan sikap-sikap positif terutamanya dalam membuat sebarang kerja. tak kisahlah kerja apa yang diberi, cik zira akan buat dengan cepat dan sebaik mungkin.






okeh, cik zira senaraikan ea sikap cik zira yang cik zira tanam dalam diri cik zira dari dulu, kini dan moga-moga selamanya :



  1. apa-apa kerja yang ada, cik zira akan buat senarai mengikut kepentingan. maksudnya, kalau mana kerja yang kena buat dulu, cik zira letak senarai yang atas-atas. kerja yang penting kena siapkan dulu. dah siap kerja, cik zira akan tick dalam senarai tu dan cuba habiskan kerja dalam senarai secepat mungkin.
  2. tidak suka bertangguh. dapat kerja kalau boleh nak terus buat, nak terus siapkan. tak suka kerja last minute sebab cik zira bukan jenis macam tu. cik zira jenis siapkan semua kerja awal,,, =)
  3. kalau cik zira dah set nak siapkan kerja pada masa tertentu, cik zira akan pastikan cik zira akan siapkan mengikut masa yang ditetapkan, atau awal dari masa itu. tapi, kalau ada halangan yang melambatkan cik zira buat kerja tu, mesti cik zira akan bengang!
  4. jenis cik zira bekerja, kalau sape yang pernah bekerja dengan cik zira, cik zira jenis tak banyak cakap. diam dan terus buat kerja. sebab pada cik zira, orang yang banyak cakap ni, kadang-kadang pandai bercakap je, tapi bila time kena buat kerja, tak buat pun. huhu, jadi, lebih baik diam dan buat kerja sampai siap. itu lagi bagus.
  5. jenis tepati masa. kalau ada mesyuarat atau pertemuan, perjumpaan apa-apa ke, cik zira akan pastikan cik zira akan sampai mengikut masa atau awal. kalau cik zira rasa cik zira akan lambat, cik zira akan cepat-cepat sms atau bagi tahu orang berkenaan yang cik zira akan lambat. tapi, memang tak suka lambat sebab cik zira akan rasa serba salah bila terlambat. jadi, seboleh mungkin akan elakkan terlambat. kena selalu pesan kat diri, tepati masa.
  6. selalu nak hasilkan yang terbaik. dalam sesuatu kerja yang cik zira lakukan, cik zira selalu nak buat yang terbaik, selalu nak dapatkan hasil yang baik. sebab tuh dalam mengajar dan membuat sebarang kerja dekat sekolah ni, cik zira akan pastikan cik zira buat semua kerja dengan baik. kalau ada kekurangan tu, cik zira terima dan sedia ditegur sebab untuk memperbaiki mana yang kurang.
  7. kalau kerja yang melibatkan orang lain, cik zira jenis yang tidak memaksa. kalau orang tu jenis lambat, dah pesan banyak kali pun buat dengar tak dengar je, sudah lah, cik zira akan buat kerja sendiri. nak tunggu orang tak siap-siap, baik buat sendiri. sebab tu kalau boleh, suka buat kerja sendiri melainkan dapat orang yang ok dan buat kerja dengan cepat dan hasilkan yang terbaik.





inilah antara sikap dan perangai cik zira dalam membuat kerja. sejak dulu lagi amalkan macam ni. jenis yang nak cepat je buat apa pun, tak suka melengah-lengah. kalau nak kan sesuatu tu, akan cuba dapatkan tak kira apa pun.
mungkin, sape yang kenal cik zira, pernah bekerja dengan cik zira, baik di maktab mahupun di UUM dan sekarang di SK Taman Cendana sekalipun, mungkin perasan sedikit sebanyak cara cik zira bekerja.






" inginkan yang terbaik, lakukan yang terbaik dan pasti akan dapat hasil yang terbaik,,, " ~ cik zira






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 2 ogos 2011 10.10 p.m.

2 comments:

Lyaa Suriany said...

Lya lak jenis yang sangat suka tangguh keje.
heee
pas tu
pdan muka sorang sorang

hazirah abdul rahman said...

hehe,,
takpe, kalau tangguh buatnya baik, sama jek dEar,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails