SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, August 4, 2011

menu berbuka 4 ramadhan 1432H





entah kenapa, kalau masa puasa sunat, balik sekolah tu boleh jek berbuka makan banyak-banyak. tapi, puasa ramadhan ni lain pulak. walaupun makanan banyak mana, cik zira pastikan akan makan semua dan rasa semuanya, tapi dalam jumlah-jumlah kecil, sebab amek banyak sangat nanti perut ketat,,, ^___*






baiklah, untuk hari ni, maghrib tadi cik zira telah berbuka dengan :



  • minuman - sunquick tropika
  • nasi goreng
  • telur dadar
  • terung berlada
  • rojak asma
  • pisang goreng






mula-mula, minum air. lepas tuh makan nasi goreng + terung berlada + telur dadar. habis sepinggan yang itu, sambung makan rojak asma pulak. macam beli kat kedai punya, tapi bik ani buat sendiri. lepas tuh makan pisang goreng pulak,,, =)
buka tu, memang cik zira makan lama dan paling banyak. orang lain 5 minit je dah siap makan lepas tuh solat maghrib, yang cik zira duduk sorang-sorang kat meja makan, menikmati makanan sendirian,,, dasar makan lambat!





malam ni lepas je terawih kena buat kerja sekolah. cuba nak masuk sistem SAPS yang baru tu. harap-harap dapatlah siapkan sket mana yang patut. yang lama, SAPR pun nak siapkan lagi sket. dah siap keje sekolah, baru boleh buat kerja lain, itu pun kalau tak mengantuk.






ok semua, Salam Ramadhan, Selamat Berpuasa esok ye,,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 4 ogos 2011 8.20 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails