SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, August 4, 2011

semalam, rabu 3 ogos 2011




masa pagi selepas subuh terisi dengan ke pasar larkin dengan bik ani, pejabat pos, membasuh kereta, membeli barang, singgah di rumah buyut hantar barang. kemudian, sampai rumah bersiap untuk ke sekolah.





pergi sekolah seperti biasa. sampai lewat sebab dah sampai pasir gudang tu, nak masuk jalan mesjid, ada lencongan, jadi jalan perlahan je. tapi, masih sampai sebelum pukul 12.






ada taklimat pasal sistem permarkahan baru, semuanya kena online. dah tahu nak buat camne, tapi sayang fail kerja tak bawa balik semalam. jadi, tak dapat nak siapkan kerja. geram betul boleh tinggalkan fail tu atas meja padahal dah tulis notes dah balik malam kena siapkan kerja. huh! kenalah bawa balik rumah hari ni, malam nanti kena buatkan pelan-pelan, kalau siap cepat, alhamdulillah.






mengajar macam biasa. markah kelas cik zira, 2F semua dah dapat kecuali markah sains. cari tak jumpa, patut dah ada markah tolonglah bagi dekat cikgu kelas,, huhu






mengajar kelas 2E, masa terakhir semalam, tanda kerja rumah dorang, lepas tu buat aktiviti berkumpulan iaitu dengan membuat huruf-huruf dan jadikan satu perkataan tentang buah. sempat tiga kumpulan je, lagi 3 kumpulan sambung hari ni.






hari ni kan, ada misi penting. awal pagi dah kena keluar untuk misi penting itu. ini nanti cik zira ceritakan. harap misi berjaya lah. Amin.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 3 ogos 2011 9.45 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails