SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, August 1, 2011

makan-makan sehari sebelum ramadhan





punyalah semalam niat memang nak makan banyak sebab hari ni dah puasa ramadhan, memang betul-betul mengikut niat di hati. betul-betul makan dengan banyak dari pagi sampailah ke malam.






pagi pukul 7 lebih cik zira dah sarapan nasi goreng sepinggan.






masa rehat bebudak tusyen, bik ani masakkan macaroni sup yang sangat lazat sampaikan habis licin satu mangkuk besar cik zira dan bebudak tusyen makan dengan sambal kicap yang memang power pedasnya. masa ni cik zira makan 3 mangkuk macaroni sup. siap habiskan yang tinggal dalam mangkuk besar tu supaya dapat suami solehah kata orang-orang,, hehe






pukul 12 lebih, makan nasi minyak plak. lauknya kepak ayam masak ros + acar + petai. sangat sedap makan tengah hari itu, makan sampai licin.






malam plak lepas balik terawih, lepas ngaji semua, makan lagi. macaroni sup yang pagi dah habis licin, bik ani masak lagi macaroni sup untuk malam plak. untuk yang malam, cik zira makan macaroni sup ni 2 mangkuk bersama lauk tambahan petai,, hehe, lepas tuh pencuci mulutnya buah mangga.






petang itu pergi giant beli yogurt bliss blackcurrant, jadi sebelum tido minumlah dulu sebab cik zira dah terbiasa tak bangun sahur. kalau terjaga minum air je, sebab tu letak air siap-siap sebelah katil.






alhamdulillah, semalam dapat berterawih malam pertama. ada lagi 28 malam untuk diselesaikan. Insya Allah kalau tiada aral, nak berterawih tiap-tiap malam mana yang dapat. seronok sebab dapat rasa kenikmatan ramadhan. hari ni pun, Insya Allah nak pergi jugak.






baiklah semua muslimin dan muslimat, cik zira mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan SALAM RAMADHAN buat semua. sama-sama kita memperbanyakkan amal ibadat di bulan mulia ini ye. Insya Allah.








~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 31 julai 2011 10.50 p.m.

4 comments:

Aiza Haris said...

selamat berpuasa ye zira....

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

selamat berpuasa kak..=)

Rosmarieza said...

AYAM MASAK ROA? ASHANE TU?:p

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

haah, memang ada pun ayam masak ros, selalu makan dengan nasi minyak lah, dia ala-ala ayam masak merah jugak,, femeslah nama awak buat ayam,,=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails