SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, August 1, 2011

perancangan kewangan cik zira..





Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pembaca blog MERAH ini,






di entry petang ini, cik zira mahu berkongsi dengan semua cara cik zira menguruskan kewangan dan rezeki yang Allah kurniakan pada cik zira.






sebelum itu, ingin cik zira nak senaraikan sedikit ciri-ciri cik zira yang sejak dari dulu memang cik zira amalkan dan begitu juga dalam hal kewangan, ciri-ciri ini memang amat membantu cik zira.



  • berdisplin
  • tekad
  • tidak membazir
  • mengikut perancangan
  • menyenaraikan segala kepentingan mengikut keutamaan





dalam apa juga kerja yang cik zira lakukan, ciri-ciri di atas memang cik zira selalu tanamkan dan pesan kepada diri sendiri. memang kena ada displin yang kuat dalam diri. kena ajar diri mengikut apa yang telah dirancang. dan bila berbicara pasal duit, yang paling penting ialah perkataan jangan membazir. selalu fikir sebelum beli barang tu, cakap kat diri sendiri, kalau tak dapat boleh mati ke? hehe, guwau jek. takdelah sampai macam tu, tapi ibaratnya cenggitu lah ye,,, =)
selalunya, sebelum dapat gaji, cik zira akan senaraikan dalam diari perkara-perkara yang cik zira perlu buat yang berkaitan dengan duit untuk bulan gaji tersebut. selalunya memang perkara setiap bulan yang perlu diselesaikan seperti :



  • duit minyak kereta
  • duit simpanan kahwin
  • duit bil
  • duit atok + bik ani
  • duit pil halia nightriem dunia herbs
  • duit korban



dan lain-lain lah, tapi perkara seperti di atas tu memang kiranya setiap bulan kena selesaikan dan kalau ada perkara lain kena buat, duit baki tuh yang akan digunakan. memang selalu akan berjimat dengan duit yang ada dan dahulukan perkara penting.






alhamdulillah, mengajar tusyen pun dapatlah duit sampingan dan kalau teringin sangat nak belu apa-apa, akan gunakan duit tusyen. tapi seboleh mungkin duit tusyen pun akan disimpan.






kalau dulu masa belajar, bisnes masa tu agak membantu cik zira dan dapat menyimpan jugaklah, tapi sejak kerja ni, dah tak sempat nak berjualan, kenalah guna mana duit yang ada dan berpesan pada diri, rezeki Allah bagi kena guna dengan sebaiknya.






paling penting kena selalu ingat, kerja sebagai pendidik ni, sebagai guru, tanggung jawab sangat berat sebab dapat gaji hasil daripada pekerjaan mengajar. jadi, nak berkat gaji yang dapat tu, kena mengajar dengan betul, jangan sambil lewa. kena jadi cikgu yang baik dan mengajar yang terbaik untuk anak-anak. itu yang cik zira selalu pesan.






berbalik pasal gaji, tiap kali masuk gaji, cik zira terus akan uruskan kewangan. mana yang kena simpan, cik zira simpan terus. mana kena bayar, setelkan bayaran terus. jadi, duit yang baki yang ada yang selalunya akan cukup-cukup sehingga gaji seterusnya, cik zira akan gunakan dengan sebaiknya.






gaji sebagai seorang guru seperti cik zira, tidaklah sebanyak gaji orang lain yang beribu-riban. namun, cik zira tetap bersyukur kerana Allah memberikan rezeki seperti ini kepada cik zira. cik zira perlu berusaha lebih untuk dapat lebih dan pastikan apa yang cik zira buat diberkati Allah, itu yang penting.






bila semua perkara dah selesai, cik zira akan tick kan dalam diari tu mengikut perancangan kewangan setiap bulan. barulah dapat tengok keluar masuk duit.






pengurusan kewangan diri ni memang sangat penting. masih bujang ni kewangan nya lain, nanti dah tak bujang, lain plak. lagi banyak benda nak kena fikir. jadi, daripada dulu, sekarang dan Insya Allah, sampai bila-bila cik zira akan berusaha untuk kekal berdisplin dalam menguruskan kewangan cik zira.






oh, dan satu yang cik zira bersyukur sangat dapat berjimat lebih sebab cik zira tinggal dengan atok dan bik ani. duit sewa rumah dah jimat di situ. makan pun selalu kalau bawa bekal, bik ani cik zira dah siap masakkan. jimat lagi di situ. jadi, bersyukur sangat-sangat ada atok dan bik ani (makcik) yang dah banyak tolong cik zira. cik zira sayang sangat mereka berdua. 






buat masa sekarang, cik zira takde berhutang apa-apa seperti kereta dan rumah. jadi, duit yang ada kena pandai-pandai jimat dan uruskan sebaiknya untuk kegunaan majlis disember nanti. lepas majlis tu, tetap terus menyimpan untuk kegunaan selepas itu pula. Insya Allah.






duit ni memang semua orang suka. jadi, lebih baik suka menyimpan daripada suka menghabiskan. betul tak? sebab tu cik zira selalu kata kat diri cik zira, duit simpan makan lama makin banyak, seronok tengok duit banyak. tapi, kalau tak simpan, membazir, makan lama makin habis, makin sikit. kusut kepala nanti.






jadi, korang semua, bijaklah menguruskan kewangan sendiri k. jangan sampai tak sampai gaji seterusnya dah terpaksa berhutang sana-sini. elakkan berhutang sebab berhutang tu hanya menyusahkan diri di kemudian hari. percayalah!







p/s kak bunga, dah langsaikan hutang kita pada akak ni. ini jek yang termampu kita kongsikan. harap-harap diterima lah ye,,, ^____*






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 31 julai 2011 11.20 p.m.

4 comments:

Cik Puan Bunga said...

Thanks sayam! :D

wahhh akak dah akak dah zira mmg disiplin tahap dewa mata tujuh! :D

suka baca macamana awak managekan kewangan! nak tiru jugak!

thanks ye zira! :D thanks a lot! kawen jemput tau! :D

Aiza Haris said...

wahh sudah baguss... bngga3!!.... teruskan

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

kak bunga :



hehe,, tahap dewa dewi dah kakak bunga,, =)


Insya Allah, nanti sampailah kadnya. wajib datang tau kak, dekat je JB ni,,

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

si tuan putri kiUt :


Insya Allah kak, nak cuba kekalkan,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails