SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, August 13, 2011

semalam, jumaat 12 ogos 2011




Jumaat cik zira semalam ke sekolah dengan memakai baju kurung hitam MERAH beserta tudung syria cotton MERAH. sampai sekolah buat kerja sikit kemudian solat zohor. mengajar macam biasa cuma mood cik zira semalam garang yang amat, takde bergurau pun semalam. serius betul, kesian budak-budak. dahlah kelas cik zira sampai 11 orang tak datang, sikit je yang ada.






masa borak dengan cikgu-cikgu jap semalam, terfikir yang cik zira ni dapat ke tak bonus ye sebab masih dalam proses pengesahan jawatan. tanya lah member-member maktab, dorang kata Insya Allah dapat sebab tahun lepas pun ramai dapat, siap dapat penuh lagi, cik zira dapat separuh je. tu yang tak mengharap sangat.






tapi, kalau dapat tu memang rezeki lah alhamdulillah syukur.






petang ni tusyen tapi mula awal dan habis awal sebab bulan puasa. tapi pagi esok tusyen seperti biasa. bulan puasa ni tusyen dapat dua kali je sebab nanti dah nak raya. masing-masing dah sibuk tak bolehlah buat tusyen dah nak dekat raya,,, hehe






ok semua. selamat berhujung minggu yang kedua di bulan ramadhan ni ye,,, =)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 12 ogos 2011 10.01 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails