SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, August 11, 2011

semalam, rabu 10 ogos 2011





Assalamualaikum dan salam sayang buat semuanya,,,






semalam hari rabu dan hari ke 10 berpuasa, macam biasa lah, pagi lepas subuh buat kerja apa yang patut. kemudian, bersiap ke sekolah. bawa bersama tudung dan baju jualan ke sekolah, bagi akak-akak kat sekolah tu tengok.






mengajar pun seperti biasa, seperti yang dirancangkan. alhamdulillah. tiada apa sangat cerita penting untuk hari semalam melainkan sangat gembira sebab isnin dan selasa sampai rumah lewat, tapi semalam jalan tak sibuk dan sampai pukul 6 petang. suka tersangat! hari-hari sepanjang puasa kalau macam semalam kan best. harap-harapnya hari ni pun sampai awal. boleh rehat kejap kat rumah sementara tunggu waktu berbuka.






cik zira sekarang kan, masuk kelas je cik zira akan ingatkan anak-anak cik zira lagi bape hari puasa, lagi bape hari nak raya. bagi dorang teruja dan puasa penuh sebab tak sabar nak raya. minggu lepas macam dorang tak biasa lagi, tapi masuk minggu kedua ni nampaknya, alhamdulillah, takde dah penat melepek sangat. bagus dorang ni,,, =)






oh, ada satu dialog antara cik zira dengan anak-anak cik zira kelas 3J. cik zira cite sket ea.





M : teacher, hauslah.
T : la, awak ingat awak sorang haus ke.
M : penatlah teacher.
T : habis, teacher ni tak penat? awak kira untunglah tau. duduk kelas je, dengar apa cikgu ajar. duduk je. cuba fikir teacher ni, cikgu-cikgu lain, naik turun tangga, berdiri mengajar awak semua. tapi takde pun mengeluh. awak boleh cakap macam tu pulak. tak kesian ke tengok  teacher lagi penat tau sepatutnya. (ceh, ayat perangkap dorang sebenarnya ni,, hehe)
M : haahlah, kesian dekat teacher (buat muka kesian)






kelakar betul kan? dengan anak-anak ni, kena pandai bercakap sikit, bagi dorang berfikir. walaupun kadang-kadang apa yang dicakapkan tu tak logik, tapi tetap logik di fikiran anak-anak itu,,, ^_____*







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 10 ogos 2011 10.10 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails