SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, August 25, 2011

semalam, rabu 24 ogos 2011






semalam yang MERAH dan tidak seperti kata orang MERAH itu garang kerana apabila cik zira pakai MERAH semalam mood adalah sangat baik dan tidaklah keje asyik nak marah jek,, ;)






sampai sekolah jek akan baca suratkhabar dulu. lepas tu baru mula buat kerja sekolah. dah siap terus ke bilik mesyuarat sebab ada perjumpaan terakhir sebelum bercuti untuk menyambut syawal. pihak pentadbir semua mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya buat semua terutama Tuan Guru Besar yang memberikan banyak nasihat kepada kitorang semua.






nanti lepas naik cuti raya banyak program yang perlu diambil perhatian terutama untuk anak-anak yang bakal menduduki UPSR. cik zira sendiri pun ditugaskan mengawas budak-budak UPSR di SK Kota Masai. wah, pergi sekolah orang plak ni dan masih tak tahu sekolah kat mana. cik zira kan tahu pasir gudang tu jalan nak gi sekolah cik zira jek. pergi balik. jadi, tempat-tempat lain tak berapa nak tahu,,, huhu






takpe, nanti tanya akak-akak yang baik hati nak tunjukkan jalan. kena tahu jalan sebab banyak hari jugak tu nak mengawas periksa. satu lagi pengalaman baru,,, =)






diam tak diam ni, hari ni hari khamis, esok dah jumaat. lusa dah cuti. wah, sangat tidak sabar. lagi bape hari je lagi ni nak raya. nak dekat raya nanti mesti semua bloggers buat ucapan hari raya, cik zira pun tak terkecuali. tunggu malam raya tau. 






ok semua. sampai di sini sahaja ye update untuk pagi khamis ni. jumpa lagi entry petang nanti.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 24 ogos 2011 9.41 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails