(khas untuk kakak bunga yang suka kalau cik zira berbicara pasal kewangan ni. ni untuk kakak bunga dan semua ye. cik zira kongsikan bersama)
semua orang ada cara tersendiri menguruskan kewangan dan berjimat, bagi yang pandai berjimatlah, bagi yang tak pandai dan selalu boros, meh sama-sama baca entry ni sebab cik zira nak kongsi dengan semua macam mana cik zira berjimat sebab cik zira memang dari dulu jenis orang yang boleh dikatakan berjimat dan tahulah sikit-sikit macam mana nak menyimpan duit.
Insya Allah, semoga cara cik zira JIMAT ni dapat dijadikan panduan untuk yang lain nak cuba berjimat dari sekarang ye.
ini apa yang cik zira amalkan :
- dalam apa pun jua yang nak dilakukan, yang PALING PENTING ialah DISPLIN. kalau takde displin, macam mana pun perancangan kita buat, kita tak akan dapat laksanakan sebab kita tak akan ikut. percayalah! jadi, cik zira memang tanamkan dalam diri, kena ajar diri berdislin untuk mengikut apa sahaja perancangan yang dilakukan terutama sekali bab kewangan ni.
- orang kata JIMAT ni adik beradik dengan kedekut. yelah, simpan duit, sayang nak keluarkan. tak kisahlah apa orang nak kata, kedekut ke, haji bakhil tahi hidung masin ke, tak kisah. asalkan kita tahu yang menyimpan itu adalah lebih baik dari menghabiskan. noktah.
- sebelum dapat duit, terutama duit gaji, cik zira aka lebih awal sediakan senarai keperluan di dalam diari. apa yang cik zira akan buat dengan duit yang bakal cik zira dapat. memang cik zira akan buat senarai setiap bulan setiap kali sebelum masuk gaji. buat senarai dan WAJIB ikut. mana yang nak simpan, kena simpan. mana yang nak bagi orang tua, kena bagi.
- duit yang disimpan, cik zira memang tak akan guna kecuali terdesak. kalau guna pun cepat-cepat akan ganti balik walaupun duit sendiri kan, kena bayar balik sebab dah terguna. simpanan untuk disimpan ye, bukan untuk diguna. kalau nak guna, asingkan duit untuk guna.
- memang duit untuk belanja cukup-cukup untuk belanja dan tak akan ada lebih sangat. sebab bila ada lebih, itu yang membuatkan cik zira tahu ada duit lebih dan akan nak beli benda-benda yang mengarut. jadi, sediakan duit belanja untuk bulan itu cukup-cukup. nak guna duit yang simpan tu dah janji tak nak guna, nanti kena bayar balik. ha, tengok betapa cik zira berkira betul dengan duit sendiri kan. kata DISPLIN,,, hehe
- makan, sewa rumah semuanya dah jimat sebab duduk dengan atok dan bik ani. bersyukur sangat. dah jimat tang makan dengan duit sewa. tapi, bulan-bulan kenalah bagi kan sebab cik zira pun menumpang kat sini. alhamdulillah, setakat ni tak pernah miss bagi dekat atok dan bik ani. syukur. kan kalau kita bagi duit kat orang tua, walaupun tak banyak, rezeki pasti murah. Insya Allah
- cik zira kan, kalau jenis nak beli barang yang rasa tak perlu, mesti akan fikir banyak kali dan memang boleh tahan nafsu tak akan membeli. bagus betul, bangga pulak dengan diri sendiri. tapi, tak bangga bila kalau nak beli barang yang memang nak beli, ha, yang itu memang tak akan fikir dua kali, terus akan beli dan dapatkan juga. tang situ masih belum kuat displin nya. cik zira kena usaha lagi. tapi oklah kan, ada korang tengok cik zira setiap bulan beli beg baru, kasut baru ke baju baru, takde kan? kira championlah tau orang perempuan tak membeli belah setiap bulan barangan baru. susah nak kawal tu. tapi, cik zira berjaya. yay untuk diri sendiri!!
- selain DISPLIN, cik zira selalu pesan dekat diri sendiri, duit ni rezeki Allah bagi, kena jaga dan uruskan dengan baik dan ke jalan yang betul. jimat tak bermaksud kita kedekut. bila ada masa cik zira kena guna duit untuk kebaikan, nak belanja orang ke, cik zira akan guna sebab cik zira tahu sekali kita guna duit untuk tolong orang dan belanja kawan-kawan, nanti kita akan dapat balik rezeki itu. jangan risau.
- selalu kena ingat, menyimpan adalah lebih baik dari menghabiskan. walaupun simpannya sikit, lama-lama kan, kita tak perasan kan makin banyak. jangan simpan tapi nanti guna jugak. itu yang tak boleh. simpan untuk simpan, tak boleh guna ea.
- oh, lagi satu, cik zira jenis jimat yang kalau barang-barang tu, macam sabun ke, pencuci muka ke krim ke apa, cik zira jenis yang suka simpan stok dan memang jimat sangat guna. beli yanng besar dan ada yang sampai lebih dari setengah tahun guna pun tak habis-habis. punyalah jimat kan. jimat untuk tahan lama. kan bagus tu,,, ;)
banyak lagi sebenarnya nak cerita pasal jimat cara cik zira ni. tapi cukuplah yang itu dulu ea. yang penting nya, kena ingat apa? DISPLIN tau. dan apa yang kita buat niatlah kerana Allah Taala. Insya Allah berkat.
p/s eh, ada sape-sape nak request cik zira buat entry apa-apa macam kakak bunga, silalah ye. boleh bagi idea kat cik zira ni yang kekadang buntu nak hasilkan entry apa. sila lah tau. hehe
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 27 september 2011 8.42 a.m.
2 comments:
DISIPLIN! Suka yang tu! SUKA!
Zira sekarang ni idola jimat akak tau! :D
Haaaaa sila tunjuk ajar ye! HEHE!
Thanks buatkan entry nih! :D SUKA!
hehe, idola pulak ye?
akak bunga pun buat lah entry cara JIMAT akak,,=)
Post a Comment