mak manalah kan yang tak sedih bila anak tersayang, anak harapan, anak yang banyak membantu pergi meninggalkan dirinya buat selamanya. terpisah dan tak akan berjumpa lagi di dunia ni.
hari arwah asyik meninggal tu, dari awal pagi mak leha tak berhenti menangis. yelah, macam tak boleh terima lagilah asyik dah takde. tapi mak leha kuat dan dia redha sangat asyik pergi. dia tahu asyik anak yang baik dan Allah sayangkan dia.
masuk hari kedua, cik zira pergi tahlil malam semalam, tengok mak leha dah makin kuat. dia dah boleh senyum, ketawa dan bergurau dengan kitorang. dah tak nangis-nangis macam hari pertama asyik takde. dan dia yang masak sendiri nasi ayam untuk orang yang datang tahlil. bayangkan betapa kuatnya mak leha cik zira tu. cik zira pun senyum melihat kekuatan mak leha dan adik-adik arwah juga ayah arwah.
bila ramai-ramai memang boleh buat biasa dan kuatkan diri. tapi, bila duduk sorang-sorang nanti, pasti akan terkenangkan arwah dan pasti akan mengalir air mata sederasnya. ye, bila kita kehilangan orang yang kita sayang, orang boleh nampak ketenangan dan kekuatan luaran kita, tapi hakikatnya dalaman kita masih rindu dengan yang telah pergi, rindu dengan kenangan sepanjang bersama dengan arwah.
cik zira doakan arwah asyik ditempatkan di kalangan orang beriman. dan cik zira doakan semoga keluarga arwah iaitu mak leha, pakcik jamal, atun, apit, najwa dan aleya kuat dan selalu doakan untuk arwah. Insya Allah. Al-Fatihah.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 27 september 2011 8.17 a.m.
No comments:
Post a Comment