memulakan minggu terakhir di bulan september ini dengan rasa semangat walaupun telah kehilangan sepupu, arwah asyik. yang pergi Allah telah ambil kembali kerana disayangiNya, yang masih ada perlu teruskan kehidupan dan menjadi hamba Allah yang baik dengan mengikuti segala suruhanNya dan menjauhkan segala yang dilarang. Insya Allah. (ha, kan dah mukadimah macam ustazah)
@ aktiviti di pagi hari selepas subuh ialah mengemas apa yang patut. menulis diari dan kemudian mengupdate blog MERAH tercinta.
@ dalam pukul 9.30 bila semua kerja di rumah sudah selesai, maka bersiaplah cik zira keluar untuk mengambil duit, mengisi minyak kereta, mencuci kereta. sambil menunggu kereta siap dicuci dekat tempat selalu anta basuh kereta depan giant tu, cik zira pun masuk dalam giant sebab atok kirimkan rice cooker. hamboi, nak beli satu jek, tapi punyalah lama nak pilih. nanti kalau ada rumah sendiri macam mana lah agaknya cik zira. alangkan nak beli 1 rice cooker pun lama betul amek masa nak pilih, inikan pula yang lain-lain lagi. adoi! yelah, bukan apa, kita nak yang betul-betul tahan lama kan bila beli barangan elektrik ni.
@ sampai rumah nak bersiap ke sekolah. tapi lapar. padahal dah makan nuget dah awal pagi tu. makanlah nasi dulu. lauk ayam goreng kunyit dan sayur kacang panjang. makan dulu bagi kenyang, minum air, barulah bersiap ke sekolah. jadi, dah kenyanglah kononnya tak bawalah bekal gi sekolah
@ keluar rumah nak gi sekolah dalam 11.15 pagi. terus ke sekolah tak singgah mana-mana sebab minyak pun dah isi siap-siap
@ rutin di sekolah seperti biasa. semua yang dirancang berjalan seperti biasa. alhamdulillah. dekat sekolah hanya makan keropok lekor seringgit yang sangat menyedihkan sebab keropok hancur yang kalau ikutkan tak sampai 60 sen pun, kesian budak beli. tak patut macam tu.
@ balik sekolah jalan takdelah sibuk sangat. amek bik ani dekat giant dulu baru balik rumah. terus makan sebab lapar sangat. yelah, bayangkan makan pukul 10 lebih. manalah tak lapa pukul 7 lebih. bik ani belikan kuey teow ladna. makan sampai licin pinggan.
@ terus bersiap mandi, maghrib dan isyak. lepas isyak terus ke rumah tokyam sebab tahlil untuk arwah asyik hari kedua. tolong mana-mana yang patut. mak leha masak sendiri nasi ayam. tergoda jugak iman sekejap tengok nasi ayam yang sedap tu. tapi pesan dekat diri baru lepas makan kuey teow ladna. jadi, nasi ayam bungkus sahaja untuk orang rumah
@ balik pukul 10 lebih, sampai rumah tengok ada kuey teow goreng tinggal sikit, terus tak boleh tahan nafsu dah. duduk dan makan senyap-senyap. kuey teow goreng makan dengan ayam goreng kunyit dan sambal belacan yang sedap. terus kenyang, senyum puas hati dapat makan. memanglah nafsu makan ni susah betul nak hapuskan. isyh!
@ dah siap-siap semua, tidur pukul 11 lebih.
itulah kisah cik zira semalam. rasa macam dari pagi sampailah ke malam ada kerja. tapi takpe, selagi badan ni kuat kan, masih muda, masa nilah pun cik zira nak bekerja, menolong mana yang patut. malam ni pun ada tahlil lagi untuk arwah asyik malam ke tiga. lepas isyak jugak cik zira pergi sebab balik dari sekolah pun sampai rumah dah pukul berapa kan.
oklah, cik zira harap hari ni pun hari yang baik buat cik zira dan semua orang. Amin,,, =)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 27 september 2011 8.03 a.m.
No comments:
Post a Comment