SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, October 8, 2011

berjalan di petang jumaat





semalam kursus habis pukul 12 lebih tengah hari. terus balik ke rumah dan siap-siap sikit kemudian keluar rumah amek sepupu di larkin. kitorang terus gerak ke pejabat agama islam dekat bandar untuk amek borang. nasib baik kejap je tapi pekerja perempuan yang layan kitorang tu sangat bengis dan tak mesra pelanggan langsung. dahlah kerja dekat pejabat agama, muda lagi, perempuan pulak tu, layanan sangat teruk. cara bercakap pun kasar. nasib baik tak jumpa peti cadangan atau aduan pelanggan, kalau tak memang cik zira tulis dah. sepupu cik zira pun kena jugak. tak baik macam tu kan, berhubung dengan pelanggan kenalah jaga hati dengan baik baru orang pun rasa senang nak berurusan. harap-harap lepas ni pergi dah tak jumpa lah dia tu.






lepas setel amek dan beli borang. hujan pun turun lebat sangat. terus ke hospital sultanah aminah, tempatku dilahirkan, eceh. dah parking kereta dan masuk dalam pergi tanya rupanya kena pergi klinik kesihatan. salah tempat. pergilah tempat yang sepatutnya. buat ujian hiv. sekejap jugak. best sangat, nasib baik misi-misi dekat situ baik-baik takdelah macam dekat pejabat agama tu. dah siap terus tersenyum sebab misi hari jumaat dapat dilaksanakan.






masa dah siap tu baru pukul 4 lebih, terus ajak qila ke KSL sebab tanya dia dah beli kasut kahwin ke dia kata belum. sambil nak merayap sama, teruslah menuju ke KSL dalam hujan lebat gelap macam dah pukul 8 malam tu. merayap lah kitorang mencari kasut. kat situ kedai tak banyak sangat.





kedai terakhir dah nak dekat balik baru qila jumpa kasut kahwin dia. cantik, sandal yang bling-bling dan corak cantik. kena dengan kaki dia. harga pun boleh tahan. 






dan cik zira? fuh, nasib baik kasut dah beli masa shopping kat KL jun lepas. kalau tak memang dah rembat ada kasut cantik yang cik zira berkenan sangat-sangat dan bila pakai memang sangat cantik pada kaki dan sesuai sangat untuk majlis disember. tapi tu lah, dah ada kasut. em,, takpelah, tengok cane. ada bajet lebih ke, boleh lah jadikan kasut bermakna di hari tu nanti sebab memang berkenan sangat-sangat. Insya Allah kalau ada bajet lebih,, =)







sebelum balik singgah beli pretzels kat auntie anne's. lepas tu belikan roti untuk bawa balik dekat season. hantar qila balik, cik zira pun balik rumah. selesai kerja di hari jumaat. borang yang bertulisan jawi pun dah siap isi dengan tulisan rumi. siap ada salah lagi isi borang. takpelah, kalau tak diterima, beli je borang baru tulis balik. apa susah kan, tapi harap-harap masih boleh gunalah sebab salah sikit je. borang wali kena pos dekat abah, abah siap isi nanti abah poskan balik ke sini. harap sangat dapat siapkan pasal benda borang-borang ni sebelum cuti deepavali sebab proses nak sah tu amek masa jugak kan? nak tempah tok kadi lagi. Ya Allah, harap semuanya berjalan lancar dan sempurna. Amin,,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 8 oktober 2011 8.11 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails