jumaat, 7 oktober 2011 merupakan hari terakhir cik zira dan rakan-rakan guru sekitar pasir gudang berkursus untuk KSSR Bahasa Inggeris Tahun 2. sesi pertama membentangkan kerja kumpulan dan berbincang. masuk sesi kedua dah semuanya agak kelam kabut sebab merasakan sistem KSSR ni memang mendatangkan kebaikan pada budak tapi sangat membebankan guru dan sistem pada akhirnya tidak logik kalau diikutkan akal. em, entahlah. nanti balik sekolah untuk in house kena bekerjasama dengan cikgu-cikgu lain supaya tahun depan tahun 2 takde masalah yang berat sangat dan kerja dapat dijalankan dengan baik. mudah-mudahan.
sesi penutup diadakan dengan sedikit ucapan. kemudian setiap seorang mendapat sijil dan kemudiannya makan tengah hari dan sesi mengemas sebelum pulang.
sarapan : kuih donut + mee hailam, tengah hari : nasi arab + jambu
sesi penutup
habis sudah kursus selama lima hari di PKG Permas Jaya. sangat happy berpeluang menghadiri kursus ini yang memberi banyak manfaat dan ilmu berguna untuk cik zira guna mengajar tahun 2, 2012 yang ternyata satu kerja mencabar dan memerlukan keyakinan dan persiapan mental dan fizikal.
ternyata, sistem pendidikan, pengajaran dan pembelajaran sekarang semakin sukar. dunia semakin ke depan. bagi budak yang malas dan tak mahu belajar, dorang akan kerugian besar sebab kena fikir dewasa nanti nak jadi apa. kena mula dari sekarang, dari kecil lagi. guru dan ibu bapa sama-sama memainkan peranan untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang secukupnya dan bersaing dalam dunia sekarang. Insya Allah.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 8 oktober 2011 7.58 a.m.
No comments:
Post a Comment