alhamdulillah, telah berjaya dengan jayanya Hari Kejohanan ke-10 dan Karnival Usahawan Muda 2011 SK Taman Cendana pada hari semalam. cik zira terlibat dengan acara sukan sebagai pengacara majlis, jadi dari awal sampailah ke akhir, suara si MERAH ni jelah yang bergema satu padang tu, tak mengacara, bersorak. sakan betul. nasib baik jerit-jerit pun masih ada suara lagi nak mengacara, kalau tidak, dapatlah pengacara suara serak-serak,,, hehe
semangat MERAH selalu ada!
sempat menjenguk karnival sekejap masa awal-awal sampai
sangat seronok melihat anak-anak berlari dengan penuh semangat untuk meraih kemenangan dan menyumbang kepada pasukan rumah masing-masing. dan cik zira ni, setiap kali anak-anak MERAH bertarung, suara cik zira dilontarkan sekuatnya untuk bagi semangat kat dorang.
anak-anak rumah MERAH semasa menunggu keputusan penuh, sian semua penat
sebelum mula bertanding
cik zira memang kaki sorak bila tengok sukan. lagilah kalau dekat sekolah ni setakat nak bagi semangat kat anak-anak ni, cik zira angkat tangan boleh jek sebab ada lontaran vokal yang sangat padu tak kisahlah sumbang pun sumbanglah sebab dengan memberi sorakan sedikit sebanyak menaikkan semangat anak-anak tu berlari lagi laju. betul tau.
majlis penutupan dan keputusan keseluruhan
nampaknya, kejuaraan tidak berpihak kepada pasukan cik zira, rumah MERAH. tetapi masih dikekalkan oleh rumah kuning sejak tahun lepas sebab pungutan emas yang tak terkejar oleh pasukan lain. namun begitu, pasukan MERAH berjaya merangkul perak dan gangsa terbanyak. takpe MERAH, tahun depan kita cuba lagi. kalau cik zira masih bersama SK Taman Cendana, Insya Allah akan tetap memberikan sorakan padu untuk rumah MERAH.
dek sibuk mengacara dan bersorak, sampaikan tak sempat nak membeli belah dekat karnival tau, kupon pun tak beli padahal dah sedia duit nak beli makan semua. takpelah, tugas lagi penting,,, =)
p/s tak sangka anak-anak cik zira yang cik zira ajar dalam diam lari laju macam kuda. bangga sangat!
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 17 oktober 2011 8.25 a.m.
No comments:
Post a Comment